December 05, 2012

resepi puding trifle




Bahan-bahan :

- kek span (aku guna perisa pandan) - beli kat Grand Union jer
- 1 tin fruit cocktail
- 1 kotak Kristal Jelly - saya guna cap NONA
- 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
- 4 sudu besar tepung kastad - sukatan penuh

Cara-cara

Lapisan 1
Potong kek span anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas see tru baru nampak lapisan nanti). Tuangkan sikit demi sikit air fruit coktail ke atas kek span hingga lembab, ketepikan dulu.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sesambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan air sejuk - tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3 
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly), hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

makan ketika sejuk... selamat mencuba :)






1 comment:

ibuintan said...

salam kenal.. wah very kalerful

makan sejuk2 best ni.. kan

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014