May 26, 2012

Ayam Panggang Rosemary dan nasi carrot

 ayam panggang rosemary

  perapan ayam


dah lama teringin nak cuba resepi nasi carrot dan ayam grill rosemary ni, tapi tak berkesempatan nak cuba lagi.., boleh dibuat juadah berbuka sekali..

resepi ni ambil dari Dapurmamasya, tapi ada modified la sikit2...



Resepi Ayam Panggang Rosemary

bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam

Cara penyediaan

1. Ayam dibersihkan. Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat kemudian lumur pada ayam. Gaul rata.
2. Masukkan rosemary kering ,lada hitam, jintan putih bersama ayam, perap  dalam peti sejuk beberapa
    jam.
3. Kentang dikupas dan direbus 3/4 masak. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
4. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar.
5. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius
    selama 1 1/2jam - bakar sampai masak guna api atas bawah.

Resepi Nasi Carrot

Bahan-bahan

1.  3 cawan beras basmati - cuci bersih2 dan toskan
2.  1 biji carrot - parut siap2
3.  buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis
4.  3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
5.  2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis
6.  1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka
7.  rempah ratus untuk menumis- kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc
8.  1 sudu rempah beriyani - kalau takde boleh gun rempah kurma, daging atau sebagainya
9.  1 kiub ayam
10. 4-5 cawan air untuk masak nasi

Cara-caranya:

1. Panaskan periuk, masukkan buttercup hingga cair.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang etc smpi naik bau wangi dan baru masukkan bawang merah,
    bawang putih dan halia.. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan rempah beriyani dan gaul sebati.
4. Masukkan beras dan air.
5. Masukkan juga kiub ayam dan kacau hingga sebati.
3. Tambah sedikit garam
3. Masukkan carrot yang telah diparut.
4. Pindahkan nasi tadi ke dalam rice cooker dan siap!!!





 untuk yang suka nasi berkuah, boleh tambahkan kari sebagai pelengkap rasa....



May 25, 2012

sandwich tuna bermayonis



Bahan-bahan :

7-8 keping roti
2 tin tuna
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar perahan jus limau
1 tangkai cili besar
3 ulas bawang merah
timun
tomato
salad

Cara-cara menyediakan :

1. asingkan ikan daripada kuah dari dalam tin tuna tersebut
2. buangkan tulang-tulang ikan
3. lenyek ikan tuna tersebut serta masukkan 2 s/b mayonis, gaul bersama
4. hiris halus bawang merah serta cili besar, masukkan ke dlm adunan tuna tadi, gaul rata-rata
5. masukkan perahan jus limau, siap.
6. sapukan mentega di atas roti dan sendukkan campuran tana ke atas roti.
7. alaskan roti tersebut dengan hirisan timun, tomato dan salad.




May 11, 2012

menu sihat : mix fruit with yogurt

bahan - bahannya : 

1- buahan segar

2- yogurt berperisa atau yogurt plain (i choose flavoured one)

 3- bijian / cereal

cara-caranya :

1- potong semua buahan segar in 1 bowl

 2- masukkan cereal 

3- tuangkan yogurt..!


4- gaul semuanya. siap !

May 07, 2012

bertarikh 30 April

sekembalinya dari Melaka terus ke rumah adinda tersayang cek mek salwa, beliau pon baru jer balik dari outstesen di kelantan. bila malam menjelma si Qaid kesayangan pulak demam... sian dia.. pg2 lagi dah bawak dia ke klinik dengan dahi bertempek kool fever...




 auuumm... Qaid dah 6 bulan.. dah leh makan nestum ye cayang..


bila dah petang sikit g lepak2 kat alamanda...skali ade ustaz Don laaa... tp beliau di level bawah, so snap dari jauh je la.. hensem ooo ustaz Don..! hehe..


aumm ecah...! 

 my feberet - macaroni cheese... 2 portion tu..!

 celebrate our 3rd annivesary utk esok hari nya, 1 May 2012


dah settle, hg tibai ayam sebelah, paihtu keriau sakit telinga. itulah adinda ku, ibu si Qaid. 

May 03, 2012

Nasi Arab Al-Taa'iz, Melaka

masa on the way nk ke Medan ikan bakar Umbai, kami lalu area Bukit Katil, ternampaklah pulak kedai nasi arab ni... aku n mr hubby memang 'hantu' nasi arab.. mmg dah berazam b4 balik ke tm mmg nak singgah jugak pekena nasi arab nih. bagi aku nasi ni sedap.. cuma dorg takde kuah.. kalau mcm kat SABA' dorg provide jugak kuah dalca... tekak aku org melayu nih nk jugak berkuah... nasi, ayam sedap, lembut cuma mcm kering sikit la sbb takde kuah.. tp tuuu pon licin !!! hahhaha...




 Chicken Khabsa

 Lamb Khabsa

apple kasturi

jus tembikai



di sebelah petang singgah the store kat Muar, pekena eskrem baskin robbin pulak..! cedappnya...
cup mcm kat bwh ni RM16 utk 2 scoop. berbaloi dgn harga sbb mmg sedap. 



May 02, 2012

ikan bakar Umbai, Melaka

























|
|
|
|
|
|
|

taraa..!







total kos : 
nasi putih 2 pinggan
1 ekor ketam masak sambal 
5 ekor udang goreng tepung 
3 ekor sotong goreng tepung 
1 ekor siakap (besar) masak tiga rasa
2 ais lemon tea 
2 otak-otak 

= RM52. :-))

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014