June 06, 2012

homemade twister

tiba-tiba rasa nak makan kfc... tp camana nk makan kfc tu dgn cara yang lebih sihat? tiba2 teringat ada wrap yg baru bli kat dalam peti ais... g kedai runcit bli salad & tomato... siap..!

ayam kfc dipotong kecil2.... campurkan dengan salad dan tomato, disedapkan lagi dengan thousand island dan mayonis... 






 alamak tak pandai pulak nk gulung mcm twister tu...bolehla mcm ni pon... masukkan dalam oven.. 150 degree @ 10 minit

 wrap yg di beli di Ocean KB Mall masa balik rumah MIL last week... 8pcs @ RM 5++

boleh la cuba ye kawan2 :-)

June 05, 2012

resepi lasagna


Bahan-bahan

500 g daging cincang
1 kotak kepingan lasagna
2 s/b sos cili
Mozzarella cheese (anggaran 120g)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara memasak sos daging

    tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
    masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
    masukkan sos prego dan sos cili. Kacau rata.
    masukkan garam dan gula secukup rasa.
    Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.

Cara-cara memasak sos putih

    masukkan butter, tunggu hingga cair
    masukkan 2 s/b tepung gandum, kacau hingga sebati
    masukkan 2 cawan susu krim
    masukkan 2 keping keju cheesedale
    kacau semuanya hingga mendidih
   

  
    Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
    Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
    Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan dengan sos putih.
    Letak kepingan lasagna yang lain.
    Ulang langkah sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak mozzarella cheese di atas       lapisan sos putih.
    Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
    Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.



click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014