June 28, 2011

makaroni dewa cinta


~makaroni dewa cinta~
ewah ewah.. macam tajuk drama jerk.
hahhaha...mmg pon.
mmg tajuk drama kat tv3 tu...
yg ganti citer Nora Elena tuu lah...

semuanya kebetulan...
hari ni teringin nak makan makaroni goreng pulak...
kebetulan masa goreng tu...
lagi 10 minit drama dewa cita nak mula...
itu yang jadi nama tu....

sape nak try buat,
amik lah resepi kat bawah k :

bahan-bahan

1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil oregano
500 gram makaroni
3-4 batang sosej
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cendawan butang dihiris
1 batang carrot dipotong dadu
2 sudu makan sos cili

Cara-cara

Rebus makaroni selama lebih kurang 4 minit. Sewaktu merebus makaroni, didihkan air terlebih dahulu. Kemudian, masukkan makaroni. Setelah 2 minit direbus masukkan sedikit garam,oregano dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau apa-apa minyak masak ke dalam air rebusan tadi. Setelah empuk, toskan.

Tumis lada hitam, bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan berbau wangi. setelah agak garing, masukkan sosej. Kemudian, masukkan cili sos serta garam. Tumis sebentar lagi. Masukkan cendawan butang, dan carrot. Last sekali masukkan makaroni.

pic 1

pic 2

pic 1 - makaroni cheese - sebelum dibakar
pic 2 - makaroni cheese - setelah dibakar

3 comments:

NaDya Shah said...

wawawah..... kelas nama resepi k.ct
ni mcmla baru ade potensi nak ganti chef wan.. nama resepi kene vogue2 hokey.. barulah nampak mcm sedap sgt2...hehehee anyway mestila sdp kan macaroni tu...

Cnidaria said...

hahaha..nama mesti vogue...
rasa belakang kira..!! hahahahha

Anis Sofiah Che Hashim said...

delicious je tengok yg da siap masak (^^,) ,,

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014