November 26, 2012

featured in Anjung Seri Disember 2012

alhamdulillah.... akhirnya dapat jugak masuk majalah...
walaupon page last skali....
walaupon cuma 1 page...
kuikui..ada mak kesah..??

setahun yang lalu aku hantar gambar ni...
tak sangka lah terpilih jugak walaupon lambat..

boleh jugak dijadikan inspirasi utk pemilik kediaman sederhana mcm rumah kami ni...

everytime beli anjung seri..aku suka belek page yg last skali...
sbb bagi aku level tu je yg sesuai utk aku buat reference....
kadang2 page2 yg depan2 tuh mewah sangat....
tak seswaiii dgn level mak ni...

tak sabar nak tunggu hadiah.
to be honest setahun yg lalu aku join just to get the hadiah mcm gambar yg last skali ni..
set minum petang.. cantikk sangat..
tp awal tahun 2012 nih dorg dah tak declare hadiah apa yang bakal diberi..
mungkin xde penaja dah kot...

takpelah. bagi lah apa2. mak terima jer...! tq..!



alhamdulillah..... :-)



Anjung Seri Disember 2012.. beli tau u olls..!



 cantik kan set ni ?

November 23, 2012

how to make cili kisar @ cili boh @ cabai misin! ??


ada ker orang tak tau nih..??
eh jangan tak tahu..cara masak pulut pon ada yg google tau??
ish ish..sapa lah tu kan... 
aku lah tu..!! kuikuikui...
punyalah jahil kurang ilmu ye..masak pulut pon ko tak pandai ye deknon.....

takpe..takpe kalau yg dah pandai takpe, entry just utk yang belom tau..
ala..yang baru2 cuba nak pegang senduk tu...mesti byk mende tak tau lagi kan...

jom meh ahkak bgtau okeh camana nak buat cili boh/ cili kisar atau org utara panggey cabai misin (mesin) !!... dah pandai ni hg jangan nk p lumoq kat mulut orang pulekk...

bahan-bahannya:
- cili kering dalam 30 tangkai
- bawang besar 1 labu
- bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- minyak 1 sudu besar ( ahkak guna minyak zaitun)
- 1/2 cawan air (kalau nak cair tambah lagi air)

1) gunting cili kering tu serong-serong - so that biji senang utk pisahkan biji dgn body


2) isikan cili tersebut dalam periuk dan masukkan air melebihi paras cili serta on api

3) sediakan bawang besar 1 labu, bawang putih 3 ulas dan halia 1 inci 

4) apabila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika


6) toskan air, dan buang biji sebanyak mungkin


7) masukkan cili bersama bawang2 dan halia serta 1/2 cawan air dan 1 sudu besar minyak untuk cili tahan lebih lama


ready to blend
Add caption


taraaaa..! dah pon siap 


masukkan ke dalam bekas yang kedap udara 


untuk lebih efisyen, letaklah tarikh ianya dibuat, so that kita boleh agak kalau dah lebih sebulan tu boleh consider utk terus guna atau buat yang baru... 


November 19, 2012

ke Langkawi.. lagi..!

entah kenapa aku memang suka sangat ke Langkawi..
korang ajak lah bila2 pon, insyaAllah aku tak bosan.


tapi kali ni pegi dengan family in law...
selalunya pegi berdua je dgn mr hubby.

tiket yang kami beli jam 10.45 pagi, tapi bila turn feri yang 9.30 dah nak berlepas, kami cuba2 tanya kalau ada seat yg kosong.. and hurray ! kami berlepas jam 9.30 pagi


 as usual, gambar atas feri mesti ada. hihi..



 as usual jugak, port mula2 sampai jeti, mesti lah kedai Hj Ismail Group. 
wallahhh... siap mms dgn adik2, ngan mama, settle 3 set bakal di bawak balik. 

 errmmmm... geramnya...last 2 years aku beli set ni rm350. skg tinggal rm220 jer. 


 pakcik Mail Koboy... kami amik kereta sewa dan pakej island hopping dgn beliau. 


 ruang tamu homestay. rumah yg sgt selesa. teres 3 bilik
http://homestaydilangkawi.com/langkawihomestay.html 

 bilik 1 - ada aircond
  bilik 2 - kipas

 bilik 3- kipas
dapur yang lengkap serba serbi. kami siap masak2 mcm kat rumah,
 peralatan yang ada tu siap boleh bawak g berkelah lagi.

  Zaharin & Ros homestay
  kereta sewa - innova - RM 690 utk 3 hari 2 malam
  hubby puas hati sampai berangan2 nk beli innova. cit
  dah banyak gambar kat langkawi... amik je lah sbb ada byk ms lapang kat sini. hihi
pakej island hopping : RM260/ bot (8 dewasa)
  dari kiri (belakang) : fil, mil, bil-mustaqim
dari kiri (depan) : bil - abg Iwan, sil - kak Ti and their daughter Isya

 1st time beli piring ajaib nih sebab masuk 4 org skali dlm 1 plate. jahat kiteorg masa fotografer nak snap, kami jalan rapat2 so that masuk semua skali. hehe..



luggage yg sangat murah hokkay..menyesal beli sebijik jer RM95/ pc 


casserole utk mama, dikwa dan sis in law eida


ok dah ini jer tangkapan kali ini, banyak nya yg org kirim .. 
argh bestnya shopping, yg org pon takpe janji leh shopping ! 

November 08, 2012

puding karamel




seperti biasa.. aktiviti malam ku sgt lah bosan...
dok browsing2...mencari2 apa yg boleh dibuat mlm2 gini..
tiba2 ting..! rs2nya bahan utk puding karamel ada semuanya kat dapo..

terus je masuk dapo dan mulakan misi...
rupanya senang sgt je wat puding nih...
tp beli kat bazar ramadhan punyalah mahal yer... rm1.50 - rm2.00 sepotong u olls...!
pheww...


Bahan-bahan puding:

4 biji telur
satu tin susu cair (400ml)
5 sudu besar gula halus
1sk esen vanilla
1 sk tepung kastad

Karamel:
5 sb gula
2 sb air

Cara-cara:

Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali.
Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.

Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih.
Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan.
Potong dan hidangkan.

dalam acuan kecil

November 05, 2012

resepi cucur labu

masa dalam perjalanan balik ke baling dari kelantan raya haji aritu ada byk gerai di tepi2 jalan jual labu, nenas, etc. hubby tiba2 rs nak makan masak lemak labu, so dia benti and turun beli labu idaman. tapi smp hari ni entry ni dibuat, tak sempat2 lagi buat masak lemak si labu. takpelah korbankan separuh utk buat cucur labu.

susah rupanya nak siang kulit labu rupanya. keras bukan main. tapi kalau guna peeler kerja jadi mudah.

proses 'penggalan' kulit sedang dilakukan


en. peeler yang memudahkan kerja 'penanggalan'


labu yg sudah siap di kupas kulit, ready utk di kukus


kukus dalam 20 minit, lenyekkan ia


masukkan tepung gandum secukupnya, 1s/k mauripan, gula dan garam 


taraaaaa..! dah siap cucur labu


November 02, 2012

resepi nasi carrot






bahan untuk masak nasi Carrot :
4 cawan beras basmati - cuci bersih2 dan rendam 1 jam sebelum masak kemudian toskan
1 biji carrot - parut siap2 (potong dadu pun ok)
1 s/b butter - untuk menumis
2 s/b ghee - untuk menumis
3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis
1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
1 sudu rempah kurma
1/2 kiub ayam
5 cawan air untuk masak nasi (cawan yg sama sukat nasi)

Cara-caranya:
Panaskan periuk dan masukkan butter dan ghee sehingga cair.
Masukkan kiub ayam, kayu manis, bunga lawang etc smpi naik bau wangi dan baru masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.. Tumis hingga agak garing.
Masukkan rempah kurma dan gaul sebati dengan bawang tadi.
Masukkan beras dan boleh masukkan air.
Masukkan carrot yang telah diparut.
Boleh juga tambah sedikit garam untuk tambah rasa nasi tersebut.
pindahkan periuk tadi kedalam rice cooker dan masak nasi mcm biasa.






Resepi kari udang

Bahan-bahan:
15 ekor udang yang telah siap dibersihkan
1 peket serbuk kari udang Baba's yang telah dibancuh dengan sedikit air
1 batang kayu manis
1 labu bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji tomato
1 kotak santan 250ml
Garam
Minyak
Air

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan kayu manis, bawang merah, kentang, dan bawang putih sehingga bawang tadi layu and naik wangi.
2. Tuang bancuhan serbuk kari. Tumiskan hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, biarkan seketika kerana udang tersebut akan mengeluarkan airnya.
4. Tambah air
5. Perlahankan api. Masukkan santan diikuti garam secukupnya.
6. Kemudian masukkan tomato. Biarkan ia mendidih, kemudian boleh matikan api dan sedia dihidang.




Resepi sotong blackpepper

Bahan-bahan :
4 ekor sotong (sederhana)
1 biji tomato (dipotong dadu besar2)
2 sudu besar black pepper sos
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang besar
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk (klu x suka pedas, boleh kurangkan)
carrot dipotong dadu
kentang dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak masak utk menumis
sedikit air

Cara-cara :
basuh sotong bersih2 dah rebus sotong utk lembutkan sotong tersebut.
masukkan minyak ke dalam kuali lain, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk dan goreng sehingga agak garing
masukkan sos black pepper dan sos tiram dan kacau sehingga sebati
masukkan sedikit air untuk mencairkan sedikit kuah td
masukkan carrot dan kentang
last sekali, masukkan sotong, tomato dan bawang besar ke dalam kuah td.
kacau sehingga sebati


 ikan goreng rangup

 tauhu masak sambal



click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014