November 23, 2012

how to make cili kisar @ cili boh @ cabai misin! ??


ada ker orang tak tau nih..??
eh jangan tak tahu..cara masak pulut pon ada yg google tau??
ish ish..sapa lah tu kan... 
aku lah tu..!! kuikuikui...
punyalah jahil kurang ilmu ye..masak pulut pon ko tak pandai ye deknon.....

takpe..takpe kalau yg dah pandai takpe, entry just utk yang belom tau..
ala..yang baru2 cuba nak pegang senduk tu...mesti byk mende tak tau lagi kan...

jom meh ahkak bgtau okeh camana nak buat cili boh/ cili kisar atau org utara panggey cabai misin (mesin) !!... dah pandai ni hg jangan nk p lumoq kat mulut orang pulekk...

bahan-bahannya:
- cili kering dalam 30 tangkai
- bawang besar 1 labu
- bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- minyak 1 sudu besar ( ahkak guna minyak zaitun)
- 1/2 cawan air (kalau nak cair tambah lagi air)

1) gunting cili kering tu serong-serong - so that biji senang utk pisahkan biji dgn body


2) isikan cili tersebut dalam periuk dan masukkan air melebihi paras cili serta on api

3) sediakan bawang besar 1 labu, bawang putih 3 ulas dan halia 1 inci 

4) apabila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika


6) toskan air, dan buang biji sebanyak mungkin


7) masukkan cili bersama bawang2 dan halia serta 1/2 cawan air dan 1 sudu besar minyak untuk cili tahan lebih lama


ready to blend
Add caption


taraaaa..! dah pon siap 


masukkan ke dalam bekas yang kedap udara 


untuk lebih efisyen, letaklah tarikh ianya dibuat, so that kita boleh agak kalau dah lebih sebulan tu boleh consider utk terus guna atau buat yang baru... 


No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014