October 30, 2012

resepi nasi minyak


Bahan :-

4 cawan beras Basmathi (dibasuh & disejat)
2s/b butter + 2 s/b minyak zaitun
4 cawan air
1 cawan susu cair
1 ketul kiub stok ayam
garam secukupnya

Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga

Bahan dikisar: 
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia

Cara-Cara:-
Panaskan butter dan minyak, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
Bubuh air, garam, susu dan stok.
tutup periuk. Biar ia masak.



sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus







babysit Qaid

last Wednesday, aku diberi peluang oleh mama Qaid utk babysit baby dia iaitu si Qaid. hehe..mama si Qaid dah tak ada cuti...pulak tu babysitter rasmi si Qaid pulak kehilangan ayah mertua pd hari yang sama... jadinya ni kira ad-hoc punya kes lah ni..seriously aku tak penah 1 by 1 with any baby b4 dalam jangka masa yang agak lama... cuak jugak..kot2 si Qaid nanges tak benti ke hapa.

tapi alhamdulillah...bila dia dah pandai jalan ni dia banyak buat xtvt sendiri...tgk tv..main toys...panjat sana sini...so maklong just monitor dari jauh...cuma kalau dia ngantok dan lapar je dia cari maklong...sangat baik dis boy...


time ni dah ngantok...golek2 ja kat kaki maklong....




 after 5 minutes.... zzzzzzzzzzzz....


fav cartoon si Qaid

siannya time nih.... dia duduk je terperuk..diam je tgk tv..


ni pon fav spot Qaid... 





sayang yayang along nihhhh...mmmuahh! 

October 10, 2012

outing dgn qaid

Hari Sabtu lepas mama si Qaid nak mengemas rumah. so biasalah kalau Qaid ada dia pon nk 'mengemas' skali... so alang2 paklong and maklong which is me, ada di Putrajaya so kami pon bawakla Qaid g jalan2 kat Alamanda... and ini adalah salah satu cara jugak nak bagi dia tido...sbb Qaid 'kalah' dgn shopping complex. 

see......? tak sampai 30 minit dia dah lena. so paklong & maklong tepaksalah jalan2...pegi kedai yg sejuk2 jer nak bg dia tido lama sikit. 


haaa ni dia dah bangun, after 1 hour die tido ! pheww... lega dia dah recharge battery dia balik. senanglah ati paklong & maklong...

:-)


October 09, 2012

October 03, 2012

beraneka jenis teh !


smlm dalam tengah memikir nak minum ape.. baru aku terperasan yang dapor aku ni ada berjenis2 teh..! wallah... camana la sebelum ni aku leh tak teringat yer... gamaknya sebab asyik minum milo & horlick je kot, so tak teringat dah yang lain2... mr. hubby pulak favorite nye nescafe. tapi dia punya nescafe mmg sedap.mmg kawww! kalah la kedai mamak nyer nes. complete dengan buih...

jom kita tgk teh apa yg ado kat dapor aku...

haaaa.... macam-macam ada....! 




 haaa kan?


El Arosa Tea - inilah teh yang paling sedap dalam koleksi aku. Mesir mari.... mmg wangi sgt teh ni. cousin mr.hubby yang bagi sebagai buah tangan dari mesir... nnt nak kirim lagi kat dia..mmg sedap teh ni.

ini teh cameron.... korang pon mesti biasa minum kan? aku suka orange flavor...  


Ahmad Tea - saje aku beli sbb nama mcm abah aku. nk la test rs cmn.. 
skaaali ada cam 'pewangi tandas' da.....itu aku rs lah, org lain tak tau lah kan.hihi


haaa.... yg ni pon best, wangi jer....bau vanilla lah of kos..


October 02, 2012

Cruise Tasik Putrajaya

mama dan abah dah lama berhasrat nak naik cruise kat putrajaya ni.
tapi masa tak pernah mengizinkan.... sekarang ni dah pencen...
asyik nak bejalan je lah keje nya....
alhamdulillah..dapat dah menunaikan hasrat mama dan abah.
dengan tempoh 45 minit.. ok la...relek2..santai2...

yang paling aku kagum sepanjang pelayaran tu,

1) kagum tgk rumah Norman KRU sebaris dengan rumah Dato' Lim Kok Wing dan rumah persendirian Dr. Mahathir di Cyberjaya... memang cantik dan besar derrr....!

2) setiap jambatan dan bangunan yang dibina di Putrajaya tu adalah diilhamkan dari jambatan /bangunan yang femes di luar negara..maksudnya Dr. M dulu pegi bejalan pon tak pegi kosong lah, otaknya ligat save dan balik bagi idea develop di negara sendiri.
cthnya : Jambatan Wawasan diilhamkan dari Sydney Harbour Bridge, Australia

2) rumah banglo yg tgh dibina untuk org dijual... menghadap tasik dgn kos yang paling murah berharga 1.8 juta ! pergh, mmg lawa laaa....

3) ada shopping complex baru tgh naik... jadi saingan Alamanda lah nanti....

korang nak tgk? kena la naik cruise ni... baru leh nampak...

harga tiket :

Malaysian - RM30
government staff - RM25
warga emas (55thn ke atas) - RM15

mr. hubby di pintu masuk 


 bot kami namanya Sebarau
 pose sebelum masuk 


 view dari belakang

 view di dalam bot



 penyeri 

 kapten kapal / tourist guide.. 
time nih kusyuk dok tgk rumah norman yg sebaris dgn rumah persendirian Dr. M !




hadiah besday Qaid

next month on 28th adalah birthday Qaid... maktok ngan tokwan dah over excited...
tak sempat sampai birthday date lagi dah belikan hadiah baekkk punya utk Qaid...


 testing testing


dah malam sikit bawak keta comel g main kat dataran masjid putrajaya









dah boring naik keta, main bubble pulak dengan paklong ...



click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014