November 15, 2010

bengkel deko lah pulak ...

goodies dari Karangkraf

pada bulan ogos lepas, time tu dlm kedai majalah. dok belek-belek majalah impiana... tiba-tiba mata tertangkap satu segmen bengkel bual bicara bersama pereka kat dlm tu... ada cabutan bertuah... RM10k kabinet dapur, RM6k wrought iron dah tu dapat 6 bulan langganan majalah percuma pulak tu.... kalau bayar rm50 pon xde hal. sbb dengan 6 bulan langganan tu pon dah balik modal... aku pon apa lagi terus call dikwa kat putrajaya. tanya dia nak join skali ke tak... dia on je.

maka, sabtu lepas pon tibalah masanya bengkel tersebut.. berlangsung di Carlton Holiday Hotel di Shah Alam, 9 pagi - 5 petang.. apa yang aku boleh simpulkan dlm bengkel tersebut sebagai OK lah... info pon lebih kurang macam yang memang didapati dalam majalah. cumanya dalam bengkel ni peserta boleh tanya directly dengan consultant tanpa sebarang consultant fee... aku pon amik lah kesempatan ni bertanya kan beberapa kemusykilan mengenai bakal rumah aku nanti..

team Impiana seperti Cikli yang rupanya persis pelakon Ezany, Cik Puteri, Zu, dan ramai lagi yang aku xigt nama mereka. tapi dorg mmg happening, dan sangat friendly...peserta-peserta pon ramai.. dalam 70 org yang hadir pada hari tesebut.. ramai yang veteran lah.. umur 40++..kami yang muda-muda ni leh kira jer lah.

Speaker hari tu adalah En. Muhsin dari MAG Builders dan Dean Daud , designer. Melihatkan kejayaan En. Muhsin terdetik rasa bangga dihati, iyelah orang melayu menempa nama dalam bidang build and design.. dia cakap figure main juta-juta jer.... dia tunjukkan portflio kerja2 renovation yang dia buat untuk client2 dia.... kami cuma leh bunyi2 cam cicak je sebagai tanda kekaguman.. perghhhhh...... mmg cantik...tp harga jgn tanya lah...suma 7 angka hokkey.
sesi Dean Daud pulak mmg kelakar abis... dia ni org johor tp dari awal hingga abis asyikk dengan loghat perak. mengajuk opismate nya org perak becakap... tp okla..sesi patang2 kene happening mcm tu..kalau tak mau nye menguap sampai ke abis...!

namun yang best skali adalah sesi sebelum baliklah..sebab dapat goodies...! so sebelum balik semua peserta diberikan 4 jenis majalah terbitan karangkraf iaitu Impiana, Laman, Apartment & Impiana Dapur terbitan tahun ni. kami jugak diberikan satu bowl dan jugak hadiah misteri yang mana aku dapat candle holder dan dikwa dapat tissue roll holder. dan seperti dijanjikan kami diminta untuk mengisi borang langganan Majalah Impiana untuk 6 bulan bermula Januari tahun depan... dikwa plak dapat langganan Majalah Impiana Dapur untuk setahun.. whoa....!


enjoy the pics !


wif sista


lunch menu



tea time


mek ni kurus sbb nak naik pelamin tak lama lagi. heheheh...

mek ni pulak demok sbb dah lama turun pelamin... hahahaha...



tq Karangkraf !!

September 04, 2010

google-things-to-do


wowowowo...very interactive..
itu yg dpt aku katakan mula2 tgk website nih.
tertarik nk learn new things from google.

selamat tinggal old school manual....
org dah malas nak baca line by line manual..
so google come out dgn new invention iaitu video manual.
manual diajarkan terus kepada user.

banyak tips yang dikongsikan seperti:

1) money converter
2) schedule reminder via phone
3) macam-macam lagi lah!

sure tak boring. u better give it a try ! jom !
google-things-to-do

September 03, 2010

Salam Aidil Fitri


Alhamdulillah...sudah masuk hari ke-26 kita berpuasa di bulan ramadhan...
entah kenapa rasa terlalu sekejap berpuasa di tahun ini..
semuanya berlalu terlalu pantas...
tp alhamdulillah aku dan suami dapat melaluinya dgn lancar..

Di kesempatan ini, aku dan suami menyusun jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap yang telah kami lakukan terhadap sesiapa jua yang mengenali kami.. Sambutlah salam syawal dari kami, jua maaf zahir dan batin.

August 11, 2010

terawih pertama

alhamdulillah...ramadhan tiba lagi...bagi semua umat Islam seluruh dunia saat ini lah yang dinantikan-nantikan buat kita semua. Maka marilah kita semua tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk merebut sebanyak mungkin ibadah yang mampu dilakukan...

tetapi pada tahun ini, pasti kami sekeluarga, iaitu anak cucu tokwan Abdul Aziz pasti merasakan kelainan pada ramadhan kali ini. tokwan telah meninggalkan kami pada 2 Ogos yang lalu. lagi seminggu Ramadhan bakal menjengah. arwah mengidap sakit tulang dan di hari terakhirnya arwah didiagnosis serangan strok. tokwan pergi dengan tenang dan arwah mampu mengingat dan menyebut ALLAH sehingga ke akhir nafasnya disamping kami anak,cucu disekeliling arwah..semoga tokwan ditempatkan tempat orang yang beriman dan arwah damai di sana...
malam semalam bermulalah terawih pertama ramadhan ini...aku dan en.hubby kami memilih untuk ke masjid ulu bernam..sampai agak lambat, jadi aku terpaksa duduk di saf paling akhir, di mana biasanya kanak-kanak dan jugak ibu-ibu yang membawa anak kecil akan memenuhi saf ini...

bukan aku tidak suka akan bayi atau budak kecil..malahan aku sangat2 suka akan kanak-kanak apalagi yang still baby..tapi bagi aku si ibu atau si ayah harus memikirkan kesesuaian untuk membawa anak-anak ke masjid..Pabila bermulanya solat terawih, si ibu akan berdiri untuk memulakan solat..maka, bermula lah anak si A menangis2 memanggil-manggil ibunya supaya
berhenti solat...aduhhh...betul-betul sebelah aku berdiri...aku memang tak dapat nk fokus, apabila imam menyebut "Allahuakbar" untuk setiap takbiratulihram, rokok mahupun sujud aku langsung tidak dapat dengar. aku kecewa. fenomena ini berlangsung setiap rakaat.aku tidak mampu mencelah ke saf yang lain kerana kepadatan manusia. aku stay jugak disitu.
selang beberapa rakaat, anak si B pulak. bermain-main dicelah bidai kain sembahyang. tiba-tiba bedebukk. dalam hati aku berkata, "siaplaaa....". meraung-raung anak si B menangis sebab terjatuh atas simen.ketika itu, baru je rakaat 1 nk tunggu sampai rakaat kedua lama jugakla budak tu menangis...sabarlah hati.

tetapi disebalik semua tu...aku terfikir.lihatlah ketabahan hati ibu-ibu muda tu hendak menjalankan ibadah walaupun anak 2-3 orang disekeliling mereka. yang boleh berjalan merayau-rayau. yg still baby dibiarkan tidur atau minum susu botol di sebelah mereka.tp yang pasti walau ramai mana pun anak yang dibawa pasti anak-anak akan bersama ibu. jarang sgt lah dilihat ayah yang memainkan peranan tersebut.hampir tiada rasanya. Jadi aku ini yang diuji Allah belum memiliki cahaya mata, mungkin sebenarnya diberi peluang olehNya untuk beribadah sepuasnya sebebasnya sebelum memiliki cahaya mata suatu hari nanti. InsyaAllah.

memanglah baik niat si ibu dan ayah hendak menanamkan minat pada anak-anak untuk menyintai rumah ALLAH. tapi pada hematku, sekali sekala perlu juga memikirkan keselesaan orang lain untuk beribadah dengan khusyuk..

apepun, aku mohon maaf pada yang tersinggung apa yang aku katakan. aku sekadar meluahkan. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.


p/s: khabarnya begitu indah bersolat terawih di Mekah, bilalah dapat ke sana ye?

yang belom lagi ke sana sama-samalah kita menabung dan berdoa agar terpilih olehNya..

June 22, 2010

Pertandingan Educational Blogging peringkat Kebangsaan 2010

poster: kredit to Pn. Shikin

kepada kawan-kawan yang mempunyai blog bercirikan ilmiah ataupon subjek matapelajaran di IPTA/IPTS/ kolej/ sekolah menengah/ sekolah rendah/ tadika dijemput untuk bersama-sama menyertai Pertandingan Educational Blogging peringkat Kebangsaan 2010. Penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia ya!

untuk sebarang maklumat lanjut boleh lah layari http://ict.upsi.edu.my/ictday2010


June 10, 2010

Sg. Bill part II

last week, aku & huby lagi skali menerjah sg. bill yang kami pegi awal2 tahun dulu.
tp kali ni lagi meriah sebab adik2 aku join skali.
siap bawak food lagik.



keli salai masak lomak..! slurpp.. made in Putrajaya


megi goyeng - made in Putrajaya jugak

nescafe mantoppp... mede by huby! slurpp!

peace !
thuudia..paus jadian

aksi gim rama-rama
kuikui
thuuudia...aksi fotografer turns to dugong
hahaha!
aksi gim rama-rama fotografer lagi

suka lah tu!

happy time !



aiyoo..berat ker abg?? hahahaha........


enjoice!

May 02, 2010

our 1st annivesary ... :-)

1 Mei 2009

1 Mei 2010

Genap setahun usia perkahwinan ku bersama suami tersayang.
sekejap sgt rsnya..
pejam celik, pejam celik dah setahun.
Alhamdulillah...
syukur pada Allah s.w.t kerana memberikan aku peluang melayari kehidupan ini bersama lelaki yang ku cintai.
aku berdoa agar ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.insyaAllah.

untuk meraikan hari yang amat bermakna ini, hubby mintak aku masak something untuk diraikan dgn adik2...dia ckp kalau masak sendiri, sentimental value tu lagi tinggi dari makan yang org masak..so aku pon decide untuk buat nasik ayam... thanks jugak lah utk sis, sebab bagi kami tumpang untuk masak dan celebrate kat umah dia .. tq sis......

April 23, 2010

home sweet home : pemasangan grill



baru lepas loading grill masuk lam rumah...


design simple jer 
alhamdulillah dah siap...


kerja tiling porch dan pasang grill dah siap



April 20, 2010

5 celebrations in 1 !

17 April adalah sangat istimewa buat keluarga besar kami...
ini adalah kerana tarikh lahir Mama, dan 2 adik kembarnya iaitu Pakteh & Paktam.
so untuk tahun ni, kami bersepakat memilik Pantai Merdeka untuk meraikan hari tersebut...

Birth date abah pulak 21 April...so, we celebrate it in advanced lah.
Annivesary Abah & Mama pon 21 April...so sebenarnya ade 5 celebration in 1 time..

ape2 pon..Happy Annivesary buat abah&mama yang ke -30...
semoga kalian berbahagia sampai bila2...!!
we love u so much.....mmmmmmmmuuuaaahhhhhh...!!!

last time aku ke Pantai Merdeka Resort rasanya 2 tahun lalu.
sekarang dah berubah wajah ...
dah makin cantik dan bersih...
dan yang paling penting...dah ada swimming pool...!!

nama pon suda tukar okkayy...
sudah jadi Merdeka Beach Resort,
no more Pantai Merdeka Resort...
so kalu tny en. google, all details are about the previous management...
no phone pon salah.
so no fon yang baru leh refer kat sini....
punyalah susah nk reserve tru fon/website...
so please...management baru ni u all need to pay attention on that...

so takmo cakap banyak.... enjoy the pics..!








sesi suap-menyuap : Pakteh & Mak An

sesi suap-menyuap : Paktam & Cik Ja

sesi suap-menyuap : Mama & Abah

5 celebrations in 1 !!!

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014