June 28, 2011

makaroni dewa cinta


~makaroni dewa cinta~
ewah ewah.. macam tajuk drama jerk.
hahhaha...mmg pon.
mmg tajuk drama kat tv3 tu...
yg ganti citer Nora Elena tuu lah...

semuanya kebetulan...
hari ni teringin nak makan makaroni goreng pulak...
kebetulan masa goreng tu...
lagi 10 minit drama dewa cita nak mula...
itu yang jadi nama tu....

sape nak try buat,
amik lah resepi kat bawah k :

bahan-bahan

1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil oregano
500 gram makaroni
3-4 batang sosej
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cendawan butang dihiris
1 batang carrot dipotong dadu
2 sudu makan sos cili

Cara-cara

Rebus makaroni selama lebih kurang 4 minit. Sewaktu merebus makaroni, didihkan air terlebih dahulu. Kemudian, masukkan makaroni. Setelah 2 minit direbus masukkan sedikit garam,oregano dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau apa-apa minyak masak ke dalam air rebusan tadi. Setelah empuk, toskan.

Tumis lada hitam, bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan berbau wangi. setelah agak garing, masukkan sosej. Kemudian, masukkan cili sos serta garam. Tumis sebentar lagi. Masukkan cendawan butang, dan carrot. Last sekali masukkan makaroni.

pic 1

pic 2

pic 1 - makaroni cheese - sebelum dibakar
pic 2 - makaroni cheese - setelah dibakar

June 27, 2011

bercuti di Selesa Beach Resort, PD

since berjauhan dgn huby ni, tiap hujung minggu dirasakan nak spend masa sehabis baik dengan huby... masa yang ada 24 jam je... so kalau boleh aku nak abiskan masa dgn huby jer...

so last weekend, setelah penat memikirkan di mana kami nak menghabiskan masa, kami decide utk spend time kat PD... jenuh mencari hotel... maklumlah main terjah jer... so cari punya cari punya cari.. nasiblah kat Selesa Beach Resort ada satu je bilik kosong.... pulak tu dapat sea view... mmg tak tolak lah...

bagi aku hotel ni ok lah. Bangunannya masih mengekalkan bentuk tradisi ala-ala minangkabau gitu.. kawasan sekitarnya tenang je walaupun bilik-bilik hotel di situ penuh.. tak crowded mcm di sesetengah hotel yg pernah kami menginap..swimming pool pon tak ramai... tenang je... cuma yang aku tak puas hati hotel ni takde wi-fi... skrg ni mana-mana hotel pon jarang yang takde wi-fi... so they shud consider about it, ini akan memberi add-value pada hotel tersebut.

















June 23, 2011

teringin spagetti lah pulak..!

ish ish.. bersawang-sawang dah blog aku nih.....
lama betul tak bersiaran...
hari-hari ada story... bukan takde..
tapi kalau dah kena penyakit M tu... M jugaklaa...

hoye-hoye hari ni hari gaji... bestnya....
tetiba masa dekat-dekat nak pukul 5 tu rasa mcm rinduuu sgt nak masak...
lama sungguh tak memasak, since huby dah keja kat jb ni...
mmg la dapur aku tak berasap...

tiba-tiba rasa nak masak spagetti la....!
tepat je pukul 5 aku pon siap-siap, nak g TF....
skrg TF dah banyak update... barang-barang pon dah hampir lengkap...

sesampai je TF, aku pon capai lah apa-apa yang patut utk dicampak dalam kuali nnt....
tup tap jadi jugak RM90++...! hadui... takpela... bukan selalu kan.....
lgpon bukan beli brg nk buat spagetti je, barang2 lain pon ada skali...cornflake lah, susu lah, olive oil lahh...!!!

sampai je umah, solat asar dulu...
start je kul 7 baru mula masak.
mula-mula, hancurkan daging...
pastu siang, potong, tumbuk bawang merah & putih...
tumbuk skali lada hitam..
then tumis dulu bahan-bahan tu...

sambil tu baru potong sosej, carrot & cili benggala...
dah garing bawang tu, baru masukkan daging....
masak lama sikit... lam 10-15 minit menggoreng...
then masukkan carrot, sosej dan cili tadi....
dah masak sume, baru masukkan sos prego.. tunggu sampai mendidih....
rasakan masin, manis, masam.... tambahlah apa yang kurang...
sambil2 tu rebus spagetti... jgn lupa masukkan minyak kasi kilat sikit.

then siap...!! 1 hour sharp.







since ada yang mintak resepi, aku share kan lah jugak kat sini yer :

spagetti bolognese (4-5 org makan)

4 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1 btg carrot (dadukan)
1/2 biji cili belanda (dadukan)
2 sudu kecil serbuk lada hitam - aku guna mccormick punya (terpulang nk byk mana)
1 bungkus daging kisar ramly (terpulang nk byk mana)
2 tin kuah tomato (aku guna cambell punya - tin warna biru)
1 bungkus spagetti (aku guna san remo)

cara masak kuah
1. tumis bwg merah & putih,
2. bila dah garing, masukkan daging kisar, masukkan serbuk lada hitam
3. goreng lama sampai daging masak
4. bila daging dah masak, masukkan carrot & cili, goreng smp masak
6. masukkan kuah tomato, tunggu sampai mendidih, then tutup api.

cara rebus spagetti
1. didihkan air
2. dah didih, baru masukkan spagetti..
3. taburkan sikit garam dan 1 sudu kecil minyak
4. lps 2-3 minit, angkat dan tos kan..

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014