December 31, 2014

resepi sambal sotong simple



Bahan-bahan :

5 ekor sotong dipotong bulat-bulat
1/2 cawan air asam jawa
10 biji cili kering **
3 ulas bawang merah **
2 ulas bawang puting **
1 cm halia **
garam
gula
minyak masak

 - sila blend semua yang bertanda **

Cara memasak :

1. panaskan 2 sudu besar minyak masak
2. tuangkan bahan yg bertanda ** yang telah diblend dan masak sehingga pecah minyak
3. masukkan air asam jawa dan masak sehingga mendidih
4. tuangkan sotong
5. rasakan garam dan gula
6. nak lagi sedap hiriskan bawang holland utk rs lebih manis. (tapi aku xmasukkan sbb ni resepi simple)  



Sambal sotong boleh dimatchkan dengan kubis goreng dan ikan kembong goreng. yummsss!


November 19, 2014

Grand Bluewave Hotel Shah Alam (4 star)

Alhamdulillah..
diberi izin Allah untuk menikmati rahmat dari dari Nya...

last week team aku diberi assignment oleh bos utk menyertai pertandingan NUCEL uitm dan sekaligus membuat pameran di SACC Convention Center Shah Alam. 
End up kami berjaya mendapat pingat emas dan best booth ! Syukur ya Allah.

untuk itu, kami diminta utk stay di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Agoda rate 4 star utk hotel ini dan bagi aku sememangnya mereka layak utk itu. 


1st impression, wow !! 


cozy room...




nice deco...


cuma tv jer masih fesyen lama. hehe. janji boleh tgk
tv jer lama... tapi channel gempak jugak lah.. semua ada



                    


tandas pon bersih






siap ada bottle opener. tapi tak guna pon. hehe



ada safety box


ada ice bucket lagi


sgt bertanggungjawab




view mmg terbaik. dari tingkat 13. 



servis yg terdapat di sini


lampu, ekon, alarm sume controlled at one place




terbaik kan?




deko di ruang menunggu lif
ekslusif


main entrance


breakfast kat sini mmg best.
mmg terbaik.
banyak pilihan dan yang penting sedap.

apa pon kami bersyukur dapat peluang menginap disini
and of cos it is recommended !! 








































November 10, 2014

step-by-step memasak kari daging simple

aidil adha dah sebulan berlalu.. 
daging korban yg mil bagi belom pon masak..

so di suatu petang yang hening tetiba terasa nak makan kari daging yang dimatchkan dengan pulut kuning. 
bahan mentah semua dah ada dalam peti ais... 
so balik rehat 2 jam hari jumaat tu sempat la memasak. 
mr hubby balik malam tu dah boleh makan. 
dah siap 1 lauk. 

okeh jom masak !


1. tumiskan rempah 4 sekawan dengan 10 helai daun kari. 

2. masukkan bahan kisar (3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan seinci halia) goreng sehingga naik wangi..

3. masukkan pula sebiji bawang merah yang di mayang kasar.. goreng sehingga bawang layu

4. masukkan sebungkus serbuk kari daging. aku guna baba's. masukkan sedikit air.kacau rata.

5. masak sehingga pecah minyak...

6. masukkan daging..... kacau rata...

7. biarkan daging sebati dengan serbuk kari... biar lama sehingga kecut daging tersebut... jika kering tambahkan air 2-3 kali, ianya untuk melembutkan daging sebelum memasukkan santan.

8. apabila daging sudah lembut.. masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan secawan santan serta 2-3 cawan air, terpulang kepada kepekatan yang diingini. 

9. apabila sudah mendidih, masukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi lembut...perasakan garam dan gula. aku lebih suka rebus kentang asing then masukkan ke dalam kari yg mendidih... ini untuk mendapatkan ubi yg betul2 lembut....

ok, siap !  ;-)

match dengan pulut kuning... yummeh !! 

November 06, 2014

mood deko menjelma

tak sangka satu hari tu mr hubby balik bawak wallpaper yang dia beli kat mr.diy ipoh.
harga segulung rm5.80 jer... 
dia kata nak pasang kat dinding stor kat bawah tangga.
aku jawab ok lah bila ada masa kita pasang...

so kepam punya kepam last2 terpasang jugak...


sebelum......



selepas..... 


aku suka sangat cadar yang aku beli di idaman suri langkawi nih. cotton.. rm59 jer... silap beli 1 jer... mmg sedap.... 


sebab cadar ni takde skali dgn comforter s aku match jer dgn comforter set cadar yang lain.. hehe.. belasah lah.
  • teddy bear pink tu dah berusia 7 tahun... it was given by my hubby masa kami mula2 couple dulu.. dulu bear tu gemokkk besar.. skrg dah skurus sbb hari2 kena lanyak dgn aku. hehe... but it still in good condition until now...
  • teddy bear biru tu plak my hubby belikan masa pegi Noong Nooch Pattaya haritu... hehe.... 

November 04, 2014

a day with our beloved nephew

harijadi Qaid dah lepas..
so kami ke rumah dia on wiken untuk sambut belated besday ..

pagi-pagi lagi mr hubby dah ajak g makan nasik kerabu presint 9..
kalau dtg sini mesti tak miss..
kat sini ada playground jugak..
so apa lagi si Qaid... 
happy bukan main dapat main kat playground.

pastu tengahari sikit kami g jalan-jalan kat the mines...
singgah pizza hut lunch skali kat situ.. 








hepi besday sayang...dah 3 tahun pon...
tq to mama & papa Qaid... sbb lahirkan Qaid yang super amazing
we are so happy to have you in our family...

semoga Qaid akan terus membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yg soleh ye sayang...

kami semua SAYANG kan kamu ! 

resepi spagetti bolognese simple





Bahan-bahan :

spagetti (terpulang nak byk mana) - aku guna angle hair
daging kisar (terpulang nak byk mana)
sosej (terpulang nak byk mana) - aku masuk 2 batang 
2 tin sos tomato prego
1 biji bawang besar holland
3 ulas bawang putih 
tomato
capsicum
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil italian herbs
garam/gula secukup rasa


Cara memasak :

tumis bawang besar dan putih yang didadu sehingga layu
masukkan daging kisar.. masak sehingga daging mengeluarkan minyak...
masukkan sosej.. goreng sehingga masak
masukkan garam/ gula
masukkan sos tomato
masukkan air 1-2 tin
reneh dalam 10-20 minit
tutup api. siap






October 29, 2014

an evening at Manhattan Fish Market eCurve

Sabtu lepas...
bosan-bosan ajak mr hubby g jalan-jalan kat eCurve...
dah lama tak pegi...

bila dah sampai..
perut pulak berkeroncong..
byk gila kot restoran..
tak tahu nak mentekedarah ape.
makmurnya Malaysia nih kan.
alhamdulillah..

pusing-pusing...
last2 decide makan kat MFM lah.



Vanilla Milkshake rm10.90 & Chocolate Milkshake rm10.90


zzzzzzzzz......... kasi cair sama itu cheese !




manhattan fish market seafood platter rm 55.00




burpppp... alhamdulillah .... :-)

October 28, 2014

Bangkok wif love : part 6 (Silverlake Pattaya)

Menjelang pagi hari kedua di Pattaya kami check out awal pagi lagi sebab nak mulakan aktiviti pagi-pagi so tak lah panas sangat speciallay kesian kat budak2.. si Kyra dan Qaid.

so setelah ditimbang2 kami decide untuk pegi ke Silverlake Pattaya.

so tamo cakap banyak... enjoy the pic !




            











































di penghujung trip kami dibawa melawat ke kilang proses jus anggur... 



bersungguh-sungguh 2 ketul ni abis kan air anggur ni.. haus gamaknya... si Qaid minum seteguk dia angkat kepala dia kata "macam tejen (vitagen)"..... hahahaha..kami semua gelakkan dia.. takde sapa tanya pon....


actually di Pattaya nih baaaaanyak sangat tempat yang menarik yg boleh di lawat. tp masalah nya adalah masa. kalau setakat sehari mmg xcukup nak visit pattaya. Pandai - pandai lah arrange masa kalau nk visit semua.... 


Visit Bangkok :


click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014