September 10, 2012

20 Syawal 1433H

Alhamdulillah.... tertunai jugak hasrat aku dan mr huby nak wat jamuan raya pada tahun ni... thanks a lot to mama yang dah bersusah payah masakkan juadah-juadah yang yummy untuk santapan kawan-kawan...thanks a lot mama! antara juadah utk malam tu ialah laksa, nasi lemak, nasi himpit & kuah kacang, ketupat beserta rendang daging & ayam, kek, dan juga spagetti... semoga kawan-kawan yang hadir malam enjoy the food hendaknya...



 tetamu paling awal

 anak burung maktok

 thanks mama 

 sape tu Qaid..??

 owhhh...sayang Along...

 antara tetamu yang hadir ... Asyrani & wife

 sila ye..jangan malu jangan segan :-)




  semua pon nak lepak kat luar je...


 Muiz & wifey yang sedang sarat

Azrie, jiranku Has n her family

 Murni, Wawa dan Fieza

 Mira & family

 tetamu cilik - Qaid & Amani





wahh semangat Fitri & the gang


flat - keletihan


kek karamel tempahan dari kak ina



 spagetti, nasi himpit + kuah kacang

 nasi lemak + telur rebus + sambal ikan masin + ikan pekasam & sambal petai + udang

 ketupat jagung + rendang ayam & daging

 laksa kedah

siap sedia menanti tetamu

walauapapon terima kasih tak terhingga pada kawan-kawan yg sudi hadir bagi memeriahkan majlis..terima kasih jugak pada adik-adik ku yang menolong membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya... thanks a lot...!

September 03, 2012

pengalaman menjalani "Colonoscopy"



aku agak kerugian pada hari raya yang lalu... sebab orang lain boleh makan sedap-sedap. tapi aku terpaksa berpantang sebab 'takut' nak makan yang pedas-pedas dan makan pon yg sihat-sihat je. so maknanya pulut, rendang, serunding ke semua aku pantang.sabo je lah... tgk je..

semuanya sebab peristiwa 'buang air + darah' yang terjadi ketika bulan puasa. kejadian tu rasanya berlaku 1-2 kali je dlm pertengahan bulan puasa, tapi fobia nya bawak sampai ke hari raya... jadinya untuk mengelakkan apa-apa yang tak diigini berlaku, maka aku berpantang segala yang pedas dan yang complicated mcm daging etc.

actually sakit di bahagian anus ni aku dah dapat dari januari last year, tapi bila jumpa doc, makan ubat, then lega. tapi bulan may tahun ni berulang lagi. mcm tu jugak. makan ubat then baik. tp worst bila masuk bulan puasa, sakit kembali tapi makan ubat tak baik-baik siap ada darah lagi. itu yg merisaukan aku. ikutkan hati nak je pegi jumpa any doc pakar masa bulan puasa tu jugak.tp pk2 nnt byk pulak nk kena ganti puasa. itu yang tertahan-tahan sampailah lepas raya. bayangkanlah aku suffering sakit kat 'situ' hampir 3 minggu. seksa oiiii.......rasa nak marah orang je. huhu..

then, masuk je syawal minggu ke-2, aku dah tak boleh tunggu lagi, terus je decide jumpa doc pakar kat kpj tawakkal kl, Dr. Melvin Raj. lepas berkonsultasi, dia nasihatkan aku buat je colonoscopy procedure, senang katanya lepas tahu masalah dia akan terus bagi treatment on masalah aku. kalau tak buat dia tak tau sebenarnya aku sakit kat mana. aku pon risau jugak, kot2 lah melibatkan usus ke hapa. aku pon agree without any further thinking. pasal kos aku tak bimbang sangat sebab covered with insurans.

once agree, aku terus admit ke wad. so preparation utk procedure akan bermula jam 4 petang pada hari tersebut jugak. nasib aku dibenarkan lunch pada pukul 1 t/hari. then no more food after that sampai lah esok pagi selepas procedure. so tepat jam 4 ptg nurse dtg bagi laxative preparation 'fleet phospo-soda' 45ml. nampak sikit kan? korang tau masin nya tuhan aje lah yg tau! dah bancuh dgn 3L air putih pon aku still tak lalu nk minum...aiyak..! masin nak mamp#@.. aku kena habiskan sebelum jam 9 mlm.seksanya nak abiskan..... dahla takleh makan ape dah. asyik minum yg itu je.

jam 9 malam, nurse bawak lagi sebotol, bersama 3L liter air lagi. kene abiskan b4 jam 12 tgh mlm! lg seksa 3 jam je..huhu..dengan penuh susah payah aku gagahkan jua abiskan, jenoh aku imagine aku minum twister lah, sirap bandunglah, laici lah. at last abis jugak...nk temuntah aku dibuatnya..

start je jam 12 t/malam... mmg masak lah...rasa nak je aku tido lam bilik ayor...mmg memulas2 la perut...bagus jugak.. buang stok yang lama-lama... so esok senang kamera nak masuk dalam..



menjelang pagi, perut rs selesa je dan kempis buat seketika.ahakss! (walaupon lapar ) nurse datang dia cakap aku akan dibawa ke bilik prosedur jam 9 pagi. aduuuuh kecut perut la pulak. dub dab dub dab.takotnyeeee...

dah siap-siap mandi dan relek2...hospital attendance pon dtg bawak stretcher trolley siap dengan baju kaler ijau yang takde butang tuh. siap pakai 'shower cap'. huhu...ini kali ke-2 aku dress up mcm ni. 1st time kat hosp metro dulu. patutnya aku tak nerves sbb ini 2nd time aku masuk dewan bedah. tp nebes jugakkk.........!

ehsan google : mcm ni lah lebih kurang bilik procedure colonoscopy tuh

bila dah masuk je bilik ni...lagi lah gigil kan...dengan mesin2 wayar berselirat sana sini... then nurse tu prepare aku utk prosedur... dorang baringkan aku..bagi aku selesa.. then pasang alat utk ukur oksigen mcm penyepit baju dorg kepit kat jari tengah...setting monitor.. on camera... mak aii mcm besar je kamera nih nk jol*& lam anus aku! cool beb cool.. then nurse tu mcm leh baca je apa yg bermain kat kepala aku, dia ckp ape tau " puan jgn risau ye..nnt dr. akan inject ubat tido..so puan tak akan rasa apa2.." hehe kelakar , camana dia tau aku gabra, nampak sgt kot ye? 

lepas semua ready..dr. pon datang, dia inject ubat tido...then suruh aku sengetkan badan...mcm lam gambar bawah ni..! mengucap dah aku...abis suma dah ayat kursi alfatihah dah tak tau nak baca apa dah...then lup! aku dah tak igt apa2..



sedar2 je nurse kejutkan dah siap. aku dah kat luar bilik pon. dorang sedang tolak aku ke wad balik. aku nampak abah dan hubby aku tgh senyum. takde rasa apa2 kat 'situ' ataupon mana-mana...cuma rasa mengantuk kesan dari ubat tido... tapi bila sampai bilik tgk ada meal dah sampai. haa apa lagi aku terus balun je. lapar woi, last kul 1 t/hari smlm je aku makan, dah tu buang dah abis sume. 
   
nasik + sup ayam + sup cendawan + soya + tembikai



si dia yang tak jemu menemani, jua pendorong semangat. tq love !

dalam pukul 4 doc datang buat round sekaligus bagi report on procedure pg tadi.. alhamdulillah, doc cakap dia puas hati.. sebab dia boleh nampak semua part lam usus aku..kecuali di bahagian mula2 usus ada najis yang tak keluar habis, tp tu pon sikit je. dia kata ada kes yang usus tak clear, dia tak akan proceed, kena minum lg menda alah yg masin tuu lagi sampai keluar semua..baru dia buat balik. tp aku punya kes dia puas hati dan alhamdulillah dia kata tak ada apa yang membimbangkan maksudnya tak ada polip ke, ketumbuhan, kanser ke hapa.na'uzubillah... jadinya dia kata aku takyah risau..yg menyakitkan aku tu cuma luka di hujung saluran tu saja..ok lah. legalah hati aku ni..syukur..!

so aku dah boleh discaj hari tu...doc bagi ubat 2 jenis untuk aku consume selama seminggu...pop pap poo pap pukul 9 malam baru leh settle termasuk clear bil...total kos dalam rm3k++.. tp sebab insurans cover 90%, so aku cuma bayar rm300++ sahaja untuk admin cost..

selesai.....







click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014