August 26, 2014

resepi puding trifle




BAHAN A (Lapisan Kek)
kek span 
Air dari jus koktel

CARA-CARA:
kek span dipotong setebal 1cm. Masukkan ke dasar mangkuk. 
Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek. Ketepikan

BAHAN B (KASTAD)
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula 
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:
Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. Sejukkan sebentar.

Sejukkan sebentar.Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.

* patutnya ada lg satu lapis agar2.. tapi saya tak letak sebab lupa beli. 


August 21, 2014

lagi lagi cameron highland

lepas dah siap-siap settle sume keje rumah lepas buat jamuan raya...  belanja mama abah naik cameron highland pulak.... selepas berpenat lelah. mama request nak makan steamboat...so kami bawak ke Glory 78 snack & corner sebelah hotel De la Ferns. 

thanks mama and abah. tanpa kalian sure terkangkang-kangkang anakmu ini nak siapkan semua juadah... tak dilupakan jugak adik-adikku yg tersayang... Salwa, Hazroll, Yo and Ida.... begitu jugak anak-anak ku Qaid dan Kyra... menyerikan lagi majlis kami..... 


hah senyum mama dapat makan steamboat..... 



waffle ice-cream

tudia..licin... burpp kenyam 

thanks mr hubby yg sudi melayan karenah isteri mu ini. i love u !



dah siap makan... shopping sayur .. buah...

petua nak beli limau yg manis... cari yg "pungkoq belobang" . gerenti manis.

dah beli belah... cari orkid plak. mama abah dan orkid tak dapat dipisahkan. ahaksss...















August 20, 2014

berbuka di Restoran Selera Tepi Sungai , Tanah Merah

kali ni berbuka bersama family mertua.. lokasi yg menjadi pilihan adalah di Restoran Selera Tepi Sungai , Tanah Merah, Kelantan...



on the way... testing kereta baru


adik dengan Alza baru nya.... 

jadi pak lebai jap

di pintu masuk restoran 

tgh survey meja...

tadaaa... dah jumpa mejanya..

yummy....




August 19, 2014

open house sempena hari raya 2014

alhamdulillah... tercapai lah hasrat kami suami isteri nak buat majlis jamuan hari raya tahun ni... last kami buat kenduri adalah pada tahun 2011.. itu pon sempena housewarming.... terima kasih pada mama abah dan adik-adik yg sudi datang dari jauh untuk membantu... alhamdulillah.. ! 

juadah yg kami pilih yg ringkas-ringkas aje... sbbnya majlis dibuat malam... lagi pula pada sebelah siangnya dah byk open house dibuat jadinya kami menganggap jemputan mesti dah kekenyangan nak makan yg heavy2 disebelah malam.... jadi kami memilih utk sediakan

  • nasik goreng cina - by mama
  • makaroni bolognese dan carbonara - by me
  • lemang (beli) dan ketupat bersama rendang special made by mama dan juga serunding
  • sate ayam dan daging - ditempah
  • puding triffle - by me
  • keropok lekor - di beli oleh adikku dari terengganu
  • kuih muih
  • buah

jemputan kami pon tidaklah ramai mana.. cuma kali ini lebih untuk mengenali jiran-jiran sekeliling dan rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja... alhamdulillah...






  



deko hias dan susun atur diuruskan oleh adik ipar ku Hazroll... syukur beliau ada byk membantu.. 

kesian Qaid, semua or sibuk dia layan hal sendiri je... 

tuan rumah yg happy - alhamdulillah...

gambar-gambar di bawah antara jiran-jiran dan kawan-kawan yang hadir..... terima kasih semua.... 











click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014