July 24, 2012

resepi megi goreng mamak


bagi aku apa yang lainnya masakan mamak adalah kewujudan CUCUR nya... kalau tadak cucur, sama je la dgn menu goreng yang lain...kalau aku yg order, sure aku akan mintak .."cucur lebey aaaa !"   (sambil kepala kasi teleng sikit).. ammak!


bahan-bahan (2 orang makan):

2 s/b minyak masak
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 s/b cili kisar
3-4 s/b kicap manis
3-4 s/b kicap masin
2 biji telur
segenggam taugeh
1/2 batang carrot
kubis
segenggam isi ayam
2 bungkus megi
1 cawan air

cucur
1) 3 sudu besar tepung gandum
2) 1 s/k kunyit
3) secubit garam
4) 1 cawan air

cara menyediakannya :

    cucur:
1) sediakan bancuhan tepung dan goreng seperti menyediakan cucur bilis atau sebagainya
2) apabila sudah siap, potong menjadi bahagian-bahagian kecil agar mudah dikunyah

     mee:
1) tumis bawang putih dan besar hingga garing
2) masukkan cili kisar goreng sehingga cili masak
3) masukkan kicap masin, kicap manis dan secawan air
4) masukkan isi ayam dan tunggu hingga isi ayam masak
5) masukkan telur, carrot dan kubis
6) masukkan megi apabila sudah lembut masukkan taugeh dan cucur yg telah di potong tadi
7) gaul kesemuanya jika perlu tambahkan gula dan garam secukup rasa

siap !









resepi sawi pak choy bersos tiram


bahan-bahan :

4-5 pokok sawi pak choy
5-6 ulas bawang putih
1/2 ketul ikan masin (aku guna tenggiri)
5-6 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + setengah cawan air
1 sudu besar minyak masak untuk menumis

cara menyediakannya :

1. tumis bawang putih hingga garing
2. goreng ikan masin hingga masak
3. masukkan sos tiram dan bancuhan tepung jagung
4. tunggu sehingga mendidih
5. siap kuah nya!
6. celur sawi ke dalam air panas selama 1-2 minit sahaja, angkat, potong dan hidang di atas pinggan.
7. curahkan kuah tadi ke atas sawi...

makan dgn nasik panas-panas.. perghhhh !



July 20, 2012

idea for lazy breakfast

blur ke nak cari menu untuk breakfast ? roti bakar inspired by kak ina.. tq kak ina..!


  versi mr. hubby.. bersos bermayonis bagai...

 ini versi mak. simple jek

 uikk mana sos?? snap gambar ni dulu baru taruk sos..hihi..

July 19, 2012

how to block unwanted tag in your timeline

entry ini terdetik setelah aku rasa rimas bila semakin galak aktiviti tag mentag di FB. 
specially bila nk raya nih. aiishh.. aku konfiden korang pon mesti ada rs yg sama... takyahla nak tag2 bagai..kau fren aku..bila ko upload..automatik aku leh tgk gambar ko...siap tag2..pastu kalau jenis beribu respon lotih dgn aku2 kene baca! ee rimas! dah la skg ni takleh remove plak tag tuh!

it's ok kalau kau tak kesah org tag kau..tp boleh x kau limit kan, xde fren pon yg leh tgk apa yg org tag kau? mesti kau tanak kan, sbb mesti ada jugak gambar yg ko mmg nak jugak share dgn kwn2 ko. 

aku sbnrnya tak kesah pon nk tgk gmbr korang yg di tag tu..gmbr famili ke, gmbr korang gi benua antartika ke, gmbr anak menangis ke, tp asal jgn gambar xtvt berbisnes...haishh rimasnyaa.
hari2 menda yang sama!

so this time, aku come out dgn panduan how to block unwanted tag in ur timeline. so dgn cara ni..aku leh pilih post mana yg aku nk appearkan kat wall aku. so fren aku pon xla menyampah nk tgk org berbisnes yg asyik2 tag nama aku. 


1) klik small arrow di penghujung kanan atas --> klik privacy settings


2) klik on Timeline & Tagging
 3) klik "ON" pada Reviews posts friends tags .....,

4) apabila ada post yang nama korang di tag, notification akan dibuat terlebih dahulu untuk mendapatkan approval utk appear di wall




5) selagi tak approve, selagi tu post berkenaan tidak akan appear di wall kita..dan wall fren list kita yang lain... 

6) ataupon... worst come to worst leh jer unsubscribed status !! 
(aku guna cth adik aku la.. kang buat cth org lain sentap pulak..!!)



sekian, aku mohon maaf pada yang terasa hati. 
pada yang tak kesah org tag apa pon kat wall korang, A-B-A-I kan je mesej khidmat masyarakat ni. 

adios!



July 17, 2012

wordless wednesday



Restoran Nasi Arab Malika Saba, Ipoh

Restoran ni terletak di Ipoh berhampiran area Green Town. Rasanya not bad, boleh lah menandingi   rasa di Saba' Cyberjaya. lebih kurang je. sedap. 
tapi yg frust , servis nya. waiter/waitress kena bljr lagi cara nak komunikasi dengan pelanggan. duduk dah kat 10 minit baru nk dtg bagi menu, amik order. bahasa melayu pon tak paham. 
please la. korang dtg sini belajar la bahasa sini.







 aku n huby bersependapat - sedap ! nasi mandy (half) RM 16 mmg tak abis.
 tapau je half bwk balik.. kari dorg mmg sedap. pekat



 hubby's choice - nasi kabsa (quater) RM 10




no service charge. padanla servis mcm *&^%$

dah selesai makan, kami ke Mydin Meru yang baru dibuka.. wahh besar dan moden.lebih kurang mcm Mydin Subang... kedai hiasan romantika pon ada di sini. tgh sale u olls... nak raya lah kata kan...




jom terjah !

July 16, 2012

Apa ada di pasar malam Cameron Highland ?

since ada yang mencari "suasana pasar malam" kat tenet nih... aku terjumpa balik gambar2 lama di Cameron Highland... so aku upload di sini utk yang mencari...

lokasi : Tanah Rata
waktu operasi :  Sabtu 3.00 pm - 10.00 pm
                       Ahad 8.00 am - 1.00 pm












































click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014