November 15, 2010

bengkel deko lah pulak ...

goodies dari Karangkraf

pada bulan ogos lepas, time tu dlm kedai majalah. dok belek-belek majalah impiana... tiba-tiba mata tertangkap satu segmen bengkel bual bicara bersama pereka kat dlm tu... ada cabutan bertuah... RM10k kabinet dapur, RM6k wrought iron dah tu dapat 6 bulan langganan majalah percuma pulak tu.... kalau bayar rm50 pon xde hal. sbb dengan 6 bulan langganan tu pon dah balik modal... aku pon apa lagi terus call dikwa kat putrajaya. tanya dia nak join skali ke tak... dia on je.

maka, sabtu lepas pon tibalah masanya bengkel tersebut.. berlangsung di Carlton Holiday Hotel di Shah Alam, 9 pagi - 5 petang.. apa yang aku boleh simpulkan dlm bengkel tersebut sebagai OK lah... info pon lebih kurang macam yang memang didapati dalam majalah. cumanya dalam bengkel ni peserta boleh tanya directly dengan consultant tanpa sebarang consultant fee... aku pon amik lah kesempatan ni bertanya kan beberapa kemusykilan mengenai bakal rumah aku nanti..

team Impiana seperti Cikli yang rupanya persis pelakon Ezany, Cik Puteri, Zu, dan ramai lagi yang aku xigt nama mereka. tapi dorg mmg happening, dan sangat friendly...peserta-peserta pon ramai.. dalam 70 org yang hadir pada hari tesebut.. ramai yang veteran lah.. umur 40++..kami yang muda-muda ni leh kira jer lah.

Speaker hari tu adalah En. Muhsin dari MAG Builders dan Dean Daud , designer. Melihatkan kejayaan En. Muhsin terdetik rasa bangga dihati, iyelah orang melayu menempa nama dalam bidang build and design.. dia cakap figure main juta-juta jer.... dia tunjukkan portflio kerja2 renovation yang dia buat untuk client2 dia.... kami cuma leh bunyi2 cam cicak je sebagai tanda kekaguman.. perghhhhh...... mmg cantik...tp harga jgn tanya lah...suma 7 angka hokkey.
sesi Dean Daud pulak mmg kelakar abis... dia ni org johor tp dari awal hingga abis asyikk dengan loghat perak. mengajuk opismate nya org perak becakap... tp okla..sesi patang2 kene happening mcm tu..kalau tak mau nye menguap sampai ke abis...!

namun yang best skali adalah sesi sebelum baliklah..sebab dapat goodies...! so sebelum balik semua peserta diberikan 4 jenis majalah terbitan karangkraf iaitu Impiana, Laman, Apartment & Impiana Dapur terbitan tahun ni. kami jugak diberikan satu bowl dan jugak hadiah misteri yang mana aku dapat candle holder dan dikwa dapat tissue roll holder. dan seperti dijanjikan kami diminta untuk mengisi borang langganan Majalah Impiana untuk 6 bulan bermula Januari tahun depan... dikwa plak dapat langganan Majalah Impiana Dapur untuk setahun.. whoa....!


enjoy the pics !


wif sista


lunch menu



tea time


mek ni kurus sbb nak naik pelamin tak lama lagi. heheheh...

mek ni pulak demok sbb dah lama turun pelamin... hahahaha...



tq Karangkraf !!

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014