August 11, 2010

terawih pertama

alhamdulillah...ramadhan tiba lagi...bagi semua umat Islam seluruh dunia saat ini lah yang dinantikan-nantikan buat kita semua. Maka marilah kita semua tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk merebut sebanyak mungkin ibadah yang mampu dilakukan...

tetapi pada tahun ini, pasti kami sekeluarga, iaitu anak cucu tokwan Abdul Aziz pasti merasakan kelainan pada ramadhan kali ini. tokwan telah meninggalkan kami pada 2 Ogos yang lalu. lagi seminggu Ramadhan bakal menjengah. arwah mengidap sakit tulang dan di hari terakhirnya arwah didiagnosis serangan strok. tokwan pergi dengan tenang dan arwah mampu mengingat dan menyebut ALLAH sehingga ke akhir nafasnya disamping kami anak,cucu disekeliling arwah..semoga tokwan ditempatkan tempat orang yang beriman dan arwah damai di sana...
malam semalam bermulalah terawih pertama ramadhan ini...aku dan en.hubby kami memilih untuk ke masjid ulu bernam..sampai agak lambat, jadi aku terpaksa duduk di saf paling akhir, di mana biasanya kanak-kanak dan jugak ibu-ibu yang membawa anak kecil akan memenuhi saf ini...

bukan aku tidak suka akan bayi atau budak kecil..malahan aku sangat2 suka akan kanak-kanak apalagi yang still baby..tapi bagi aku si ibu atau si ayah harus memikirkan kesesuaian untuk membawa anak-anak ke masjid..Pabila bermulanya solat terawih, si ibu akan berdiri untuk memulakan solat..maka, bermula lah anak si A menangis2 memanggil-manggil ibunya supaya
berhenti solat...aduhhh...betul-betul sebelah aku berdiri...aku memang tak dapat nk fokus, apabila imam menyebut "Allahuakbar" untuk setiap takbiratulihram, rokok mahupun sujud aku langsung tidak dapat dengar. aku kecewa. fenomena ini berlangsung setiap rakaat.aku tidak mampu mencelah ke saf yang lain kerana kepadatan manusia. aku stay jugak disitu.
selang beberapa rakaat, anak si B pulak. bermain-main dicelah bidai kain sembahyang. tiba-tiba bedebukk. dalam hati aku berkata, "siaplaaa....". meraung-raung anak si B menangis sebab terjatuh atas simen.ketika itu, baru je rakaat 1 nk tunggu sampai rakaat kedua lama jugakla budak tu menangis...sabarlah hati.

tetapi disebalik semua tu...aku terfikir.lihatlah ketabahan hati ibu-ibu muda tu hendak menjalankan ibadah walaupun anak 2-3 orang disekeliling mereka. yang boleh berjalan merayau-rayau. yg still baby dibiarkan tidur atau minum susu botol di sebelah mereka.tp yang pasti walau ramai mana pun anak yang dibawa pasti anak-anak akan bersama ibu. jarang sgt lah dilihat ayah yang memainkan peranan tersebut.hampir tiada rasanya. Jadi aku ini yang diuji Allah belum memiliki cahaya mata, mungkin sebenarnya diberi peluang olehNya untuk beribadah sepuasnya sebebasnya sebelum memiliki cahaya mata suatu hari nanti. InsyaAllah.

memanglah baik niat si ibu dan ayah hendak menanamkan minat pada anak-anak untuk menyintai rumah ALLAH. tapi pada hematku, sekali sekala perlu juga memikirkan keselesaan orang lain untuk beribadah dengan khusyuk..

apepun, aku mohon maaf pada yang tersinggung apa yang aku katakan. aku sekadar meluahkan. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.


p/s: khabarnya begitu indah bersolat terawih di Mekah, bilalah dapat ke sana ye?

yang belom lagi ke sana sama-samalah kita menabung dan berdoa agar terpilih olehNya..

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014