June 23, 2014

set nasi lemak

pada hari bapa yang lalu, kami tak ke mana-mana just lepak di rumah. tiba-tiba pada petang yang hening tu my hubby tiba-tiba je bersuara, " Yang, buat nasik lemak boleh tak? , aku cakap ok, boleh je. small matter. tp abang kene gi beli bawang. sbb bawang out of stock. dia ckp, ok no hal. janji leh makan nasik lemak. "

skali dah g kedai tu.. bukan bawang je bawak balik, ikan merah jugak di beli nya. 2 ketul. mahal nye ikan skrg... 2 ketul tu RM9.00++. phewww.....!  
"ayang goreng rangup ye.
 bereh bang ".  
so tup tap... within 1 1/2 hour siap lah....... yg amik masa nye sbb beras basmathi vita grain tuh kene rendam dulu 30 minit b4 masak... yg lain2 tu kejap je....

beras basmathi vita grain - extra long 



sambal isi ikan masin





June 20, 2014

resepi nasi ayam sempoi





STOK AYAM

(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Masukkan semua bahan tumbuk beserta semua daging, kaki ayam  ke dalam air. 
masukkan garam secukupnya. 
rebus sehingga masak dan keluar minyak. 

NASI AYAM
2 pot beras (untuk makan berdua)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
on kan rice cooker
masukkan beras dan masukkan 3 pot stok ayam 
masukkan daun pandan serta sedikit serbuk kunyit. 


SUP
masukkan  daun sup, daun bawang dan bawang goreng ke dalam baki stok ayam tadi. 


AYAM
ambil ayam di dalam stok tadi dan perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis dan madu.
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. just touch and go aje... 

KUAH CILI MERAH 
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

June 19, 2014

makaroni (penne) carbonara




Bahan-bahannya :

1 bungkus Macaroni - aku guna penne
4-5 keping hirisan daging ayam
1 tin Campbell Soup (Ayam/Cendawan)
1 tin Prego Carbonara
1 sudu besar Lada hitam
1 sudu besar Lada putih
1biji Bawang Besar holland

Cara memasaknya :

  • rebus makaroni hingga al dente
  • tumiskan bawang besar & lada hitam
  • masukkan kepingan ayam yg dah dipotong
  • goreng sampai kepingan ayam betul2 masak, lepas tu baru masukkan Prego Carbonara & Campbell Soup
  • tambah 1-2 tin air (guna tin prego tu ye...)
  • masak lagi hingga 10-15 minit
  • done. hidang 

June 18, 2014

Cucur Udang



semalam puasa tak tau nak makan ape untuk berbuka. tiba2 teringat pulak cucur udang yang dah lama tak makan. so balik keje terus singgah kedai runcit untk beli taugeh, udang dan kucai. Lain2 barang sume dah ada kat rumah. balik tu lps mandi n solat asar terus je mula buat. kene siap b4 kul 7 sbb kul nak ngadap #KTAR. ahakssss..... 


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air sejuk
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ikat kucai dibersihkan dan dipotong
1 mangkuk kecil taugeh
1 mangkuk kecil udang basah

Cara masak :
1. Ambil 4 sudu besar penuh tepung gandum (dari sukatan 3 cawan tepung tadi) dan campurkan dengan air sejuk sehingga menjadi pekat dan sedikit bergentel.
2. Ambil baki tepung gandum dan campurkan bersama bancuhan tadi. Masukkan air  lagi dan semua bahan-bahan. Gaul sebati dan biarkan selama setengah jam.
3. Panaskan minyak, jemput bancuhan tepung menggunakan tangan. Goreng hingga kuning keemasan. Sedia dihidang.

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014