January 22, 2014

Resepi Mee Kari

kesnya teringat sangat kat mee kari jusco kat midvalley...
dah lama tak pegi ziarah kat situ...
kedai yang jual pon ada kat area tm ni...
tapi rasa nak sangat makan air tangan sendiri..
nak letak tohu kering banyak-banyakkkk....
tapi yg frustnya takde stok kerang pulak ....
takpelah...makan jer lah apa yang ada dulu...
alhamdulillah atas rezeki Mu ini ya Allah...
kari in the making

Resepi Mee Kari 

Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
3 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1 paket fishball di belah dua
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 inci halia 
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih

Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)

1 peket serbuk kari daging baba's

Cara-caranya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2.   Tumiskan daun kari serta bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.   Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya.  Biarkan mendidih.
5.   Masukkan isi ayam biarkan seketika.  Masukkan tahu kering, fishball dan fishcake dan gaul rata. 
Biarkan ianya mendidih seketika.  
6.   Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita.  Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8.   Perasakan garam. 
9.   Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus dan sayur sawi yg direbus.


kari yang sudah siap masak....

puas hati dapat makan air tangan sendiri

alhamdulillah ada rezeki untuk kawan-kawan di opis.....




January 21, 2014

hari ++ kalori

sekali sekala dating on wiken, makan macam org tak sedau diri. then bila masuk hari keja.. control balik lah.

masih waras - 1 cup kongsi 2 orang 


meh suap meh 

mushroom bruchetta (MB), lasagna & hawaiian pizza @ San Fransisco Pizza ...!
semuanya yummeh
pizza & lasagna last2 tapau... 2 hari makan pon tak habis lagi..
mmg besar portion nya...
lagi pon kenyang makan MB tu...dan yang penting sedap!

January 15, 2014

menu cuti Maulidur Rasul

alahai.. seronoknya bila hari cuti...
rasa relek sangat berehat kat rumah...
bleh masak2... hubby pulak request menu simple...
alhamdulillah...  lagi lah boleh rehat2 lama.. 
sbb memasak pon kejap jer... 

nasi ayam goreng.. sempoi...







limau beli kat cameron highland.... manisssss...makan pulak tgh sejuk... slurpppp...!

kejap je selinap!


resepi siakap stim... siakap kukus





Bahan-bahan :
1ekor ikan siakap
1 batang serai - diketuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
1 biji limau kasturi - di ambil jusnya
2 helai daun limau purut - di hiris
1 biji tomato
cendawan
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - bancuh  dengan sadikit  air
Daun sup/ daun bawang

Caranya :
Pastikan air di dalam pengukus telah di didihkan terlebih dahulu.
Lumurkan ikan dgn bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk serta sedikit garam.
Letakkan serai, tomato dan cendawan dan lada hitam di sekeliling ikan
Kukus dalam 15 minit ...
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Perahkan limau.
Kukus lagi 5 minit.
Siap dan hidangkan panas-panas



pelengkap menu - telur dadar dan sambal kicap


taraaaaaa!! mmg abis licin ! 

January 10, 2014

pabila awal tahun

arghh nyampah...! awal tahun mesti kene ngadap deme-deme nih..!

penangan year end sale !!!



OMG fabriknya sgt sedap..... walaupon coraknya tak lawa sgt kan?
hehe tak pandai la nk kemaskan cadar.... berkedut2 !



reward utk diri sendiri setelah 5 tahun setia dgn jam hantaran ketika kawin dulu...
jam hantaran tu pon still tak rosak... cuma rs nak pakai ganti-ganti...


gemo nau berbling-bling !









click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014