January 22, 2014

Resepi Mee Kari

kesnya teringat sangat kat mee kari jusco kat midvalley...
dah lama tak pegi ziarah kat situ...
kedai yang jual pon ada kat area tm ni...
tapi rasa nak sangat makan air tangan sendiri..
nak letak tohu kering banyak-banyakkkk....
tapi yg frustnya takde stok kerang pulak ....
takpelah...makan jer lah apa yang ada dulu...
alhamdulillah atas rezeki Mu ini ya Allah...
kari in the making

Resepi Mee Kari 

Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
3 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1 paket fishball di belah dua
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 inci halia 
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih

Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)

1 peket serbuk kari daging baba's

Cara-caranya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2.   Tumiskan daun kari serta bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.   Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya.  Biarkan mendidih.
5.   Masukkan isi ayam biarkan seketika.  Masukkan tahu kering, fishball dan fishcake dan gaul rata. 
Biarkan ianya mendidih seketika.  
6.   Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita.  Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8.   Perasakan garam. 
9.   Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus dan sayur sawi yg direbus.


kari yang sudah siap masak....

puas hati dapat makan air tangan sendiri

alhamdulillah ada rezeki untuk kawan-kawan di opis.....




No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014