June 20, 2014

resepi nasi ayam sempoi





STOK AYAM

(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Masukkan semua bahan tumbuk beserta semua daging, kaki ayam  ke dalam air. 
masukkan garam secukupnya. 
rebus sehingga masak dan keluar minyak. 

NASI AYAM
2 pot beras (untuk makan berdua)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
on kan rice cooker
masukkan beras dan masukkan 3 pot stok ayam 
masukkan daun pandan serta sedikit serbuk kunyit. 


SUP
masukkan  daun sup, daun bawang dan bawang goreng ke dalam baki stok ayam tadi. 


AYAM
ambil ayam di dalam stok tadi dan perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis dan madu.
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. just touch and go aje... 

KUAH CILI MERAH 
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014