November 02, 2012

resepi nasi carrot






bahan untuk masak nasi Carrot :
4 cawan beras basmati - cuci bersih2 dan rendam 1 jam sebelum masak kemudian toskan
1 biji carrot - parut siap2 (potong dadu pun ok)
1 s/b butter - untuk menumis
2 s/b ghee - untuk menumis
3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis
1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
1 sudu rempah kurma
1/2 kiub ayam
5 cawan air untuk masak nasi (cawan yg sama sukat nasi)

Cara-caranya:
Panaskan periuk dan masukkan butter dan ghee sehingga cair.
Masukkan kiub ayam, kayu manis, bunga lawang etc smpi naik bau wangi dan baru masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.. Tumis hingga agak garing.
Masukkan rempah kurma dan gaul sebati dengan bawang tadi.
Masukkan beras dan boleh masukkan air.
Masukkan carrot yang telah diparut.
Boleh juga tambah sedikit garam untuk tambah rasa nasi tersebut.
pindahkan periuk tadi kedalam rice cooker dan masak nasi mcm biasa.






Resepi kari udang

Bahan-bahan:
15 ekor udang yang telah siap dibersihkan
1 peket serbuk kari udang Baba's yang telah dibancuh dengan sedikit air
1 batang kayu manis
1 labu bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji tomato
1 kotak santan 250ml
Garam
Minyak
Air

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan kayu manis, bawang merah, kentang, dan bawang putih sehingga bawang tadi layu and naik wangi.
2. Tuang bancuhan serbuk kari. Tumiskan hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, biarkan seketika kerana udang tersebut akan mengeluarkan airnya.
4. Tambah air
5. Perlahankan api. Masukkan santan diikuti garam secukupnya.
6. Kemudian masukkan tomato. Biarkan ia mendidih, kemudian boleh matikan api dan sedia dihidang.




Resepi sotong blackpepper

Bahan-bahan :
4 ekor sotong (sederhana)
1 biji tomato (dipotong dadu besar2)
2 sudu besar black pepper sos
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang besar
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk (klu x suka pedas, boleh kurangkan)
carrot dipotong dadu
kentang dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak masak utk menumis
sedikit air

Cara-cara :
basuh sotong bersih2 dah rebus sotong utk lembutkan sotong tersebut.
masukkan minyak ke dalam kuali lain, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk dan goreng sehingga agak garing
masukkan sos black pepper dan sos tiram dan kacau sehingga sebati
masukkan sedikit air untuk mencairkan sedikit kuah td
masukkan carrot dan kentang
last sekali, masukkan sotong, tomato dan bawang besar ke dalam kuah td.
kacau sehingga sebati


 ikan goreng rangup

 tauhu masak sambal



No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014