May 26, 2012

Ayam Panggang Rosemary dan nasi carrot

 ayam panggang rosemary

  perapan ayam


dah lama teringin nak cuba resepi nasi carrot dan ayam grill rosemary ni, tapi tak berkesempatan nak cuba lagi.., boleh dibuat juadah berbuka sekali..

resepi ni ambil dari Dapurmamasya, tapi ada modified la sikit2...



Resepi Ayam Panggang Rosemary

bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam

Cara penyediaan

1. Ayam dibersihkan. Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat kemudian lumur pada ayam. Gaul rata.
2. Masukkan rosemary kering ,lada hitam, jintan putih bersama ayam, perap  dalam peti sejuk beberapa
    jam.
3. Kentang dikupas dan direbus 3/4 masak. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
4. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar.
5. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius
    selama 1 1/2jam - bakar sampai masak guna api atas bawah.

Resepi Nasi Carrot

Bahan-bahan

1.  3 cawan beras basmati - cuci bersih2 dan toskan
2.  1 biji carrot - parut siap2
3.  buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis
4.  3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
5.  2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis
6.  1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka
7.  rempah ratus untuk menumis- kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc
8.  1 sudu rempah beriyani - kalau takde boleh gun rempah kurma, daging atau sebagainya
9.  1 kiub ayam
10. 4-5 cawan air untuk masak nasi

Cara-caranya:

1. Panaskan periuk, masukkan buttercup hingga cair.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang etc smpi naik bau wangi dan baru masukkan bawang merah,
    bawang putih dan halia.. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan rempah beriyani dan gaul sebati.
4. Masukkan beras dan air.
5. Masukkan juga kiub ayam dan kacau hingga sebati.
3. Tambah sedikit garam
3. Masukkan carrot yang telah diparut.
4. Pindahkan nasi tadi ke dalam rice cooker dan siap!!!





 untuk yang suka nasi berkuah, boleh tambahkan kari sebagai pelengkap rasa....



No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014