October 09, 2014

resepi makaroni bolognese simple



Bahan-bahan

1 bungkus makaroni (aku guna jenis tube)
3 botol sos tomato prego 
3 tin air
1 keping daging kisar ramly
1 bungkus sosej - dipotong dadu
1 sudu besar oregano
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak
1 bawang besar holland - dicincang
3 ulas bawang putih - dihiris
garam dan gula secukupnya


Cara memasak

1) tanak air hingga mendidih masukkan sedikit garam dan beberapa titis minyak, kemudia masukkan makaroni rebus hingga al dente. kemudian angkat dan tos.

untuk kuah :

1) masukkan minyak dan tumiskan bawang-bawang hingga layu.
2) masukkan daging kisar. masukkan oregano dan lada hitam.
3) gaulkan daging dgn herba dan masak sehingga daging betul betul masak dan mengeluarkan minyak.
4) masukkan sosej dan gaul sebati dgn daging kisar tadi. 
5) tuangkan semua sos dan air masak sehingga mendidih.
6) perasakan gula dan garam. 
7) tutup api dan hidankan. 


No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014