December 05, 2012

resepi nasi dagang dan setnya

beras nasi dagang beli dah lama, tapi tak dibuat2..
en huby dok bertanya2... bila masa lah nak buat....
last week, bertekad , apa nk jadi pon, ttp kena buat nasi dagang...
tapi malas sgt nk g psr beli ikan aya, huby cakap, alah kari ayam pon ok. 
haaa ok set. 



resepi nasi dagang versi kelantan

1 kg beras (beras nasi dagang dari Kelantan) rendam semalaman
1 genggam beras pulut
1 cawan santan pekat
sebekas santan cair = 2 cawan pekat + 1 cawan air
1 sudu garam halus 
1sudu kecil halba
2 inci halia ~ dihiris halus memanjang 
5 ulas bawang merah ~ dihiris 
3 ulas bawang putih ~ dihiris 

Cara: 

Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman.

Kukus beras nasi dagang selama 20 minit sehingga masak/lembut.

Angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.
Masukkan santan cair, letak atas kukusan semula. kukus selama 20 minit lagi. 

Angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.gaulkan santan pekat yang telah dimasak dgn bawang2 dan halba tadi. Gaul rata.

Masukkan semula dalam bekas kukusan dan kemudian kukus semula dalam 15 minit. 

Apabila sudah masak, angkat.








resepi acar timun & carrot

Bahan2

1 biji timun 
1 biji bawang besar ~ belah 2 & hiris
2 biji cili merah ~ hiris serong
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan cuka

Cara menyediakan
1. Timun dikerat 1 1/2 inci panjang. Belah dua & buang empulurnya. Potong memanjang sehingga habis. Cuci & tos.
2. Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.


Resepi kari Ayam
Bahan2 :

1/2 ekor ayam (10 ketul)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inchi halia
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1/2 batang carrot - didadu
1 bungkus kari serbuk daging baba's
1 santan kotak ayam brand
1 batang karot
1 cili merah
1 cili hijau
sedikit air

Cara Masak :

Tumbuk Bawang merah, bawang putih dan halia sampai lumat
Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, tumis sampai garing
Serbuk kari di adun dengan sedikit air untuk dijadikan pes, masuk dalam periuk, tumis hingga garing
Masuk kan potongan ayam, gaul rata dan tutup periuk selama 5 minit (api perlahan)
Selepas 5 minit, masuk kan carrot yang di dadu dan gaul rata, tambah sedikit air
Tunggu sampai ayam masak
Masuk kan santan, rasa garam dan gula dan boleh dihidangkan

dihidangkan juga dengan telur rebus





2 comments:

Eliss said...

x berani nak buat nasi dagang sebab mak mertua buat adalah the best in the world pastu hubby adalah tukang kritik no 1. hahahahaha

Cnidaria said...

rasa mcm tak susah sgt elis...cuma cukup lemak dgn tak jer la...tp utk 1st timer mcm sy mcm ok la..huby pon ckp ok, siap tambah2..tapi nak lawan nenek hubby buat mmg taklah..dgn kari dorg yang kick giler.fuhh..

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014