November 21, 2023

Majlis Persaraan CDO (20/11/2023)

Fuhhhh... lama sungguh berehat.. last post aku pada tahun 2020. dah 3 tahun. mmg bersawang tahap gaban dah ni. 

InshaAllah.. jika diizinkan Allah nk je aku aktif balik berblogging ni... inshaAllah.. 

Aku mulai post aku dengan cerita pasal Majlis Persaraan CDO.. 

Pn. Azizah ni kecik molek je orangnya... tapi bisa menggalas jawatan bukan kaleng-kaleng yer.. pengarah jabatan. walaupon tugasnya dan bebanan tugas sgt mencabar tapi she managed to do it very well. Tahniah kak Zah kerana telah memacu Pusat ICT dengan penuh gemilang. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Mohon maaf juga atas khilaf yang telah dilakukan sepanjang perkhidmatan di bawah pimpinan Kak Zah. 

Majlis telah dilangsungkan dengan gilang gemilang... ex-lady bos diarak persis pengantin di majlis tersebut.

Didoakan agar kak Zah akan sentiasa sihat dan berbahagia dalam melayari alam persaraan nanti. Jangan lupakan kami dalam doa mu. 

Adios~~

bersama kak Zah yang dihormati lagi dikasihi
 
 
 
bersama ahli unit 


menyambut ketibaan mantan Pengarah


bersama-sama teammate


bestfren je tp macam twin dorg ni

encik & cik pengerusi majlis


No comments:

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014