January 04, 2013

resepi oglio olio seafood spagetti


Bahan-bahan (2 orang)

100 g spaghetti
5 tangkai cili kering
5 ekor (udang @ sotong @ kepah)
1 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu kecil oregano flakes
1 sudu kecil parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam


Cara-cara
Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan cili kering sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam dan garam.
Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
Siap untuk dihidangkan.


No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014