January 07, 2013

nasi ayam sempoi






Bahan-bahan Utama
4 pot beras
2 sudu besar butter
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 cm halia

Kicap pekat
Madu
Limau Nipis/Cuka
Garam 
Gula
Rempah sup (Sup serbuk, kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga)

menu 1 : sup ayam
Panaskan sikit minyak dalam periuk
tumis bahan blend (bawang merah, putih, halia) + 2 batang kulit kayu manis+ 3 bunga cengkih + 3 kelopak bunga lawang + 3 biji buah pelaga sampai naik bau
Tambah air dalam 4 cawan..lebihkan air sbb nak masak dengan nasik jugak air sup nih..
Masuk ayam..
Masuk serbuk sup jika perlu
Perasakan dengan garam
Masak sampai ayam empuk

menu 2 : ayam goreng
3 sudu madu, 
3 sudu besar kicap pekat.
gaulkan dan perap dalam setengah jam
Goreng dalam 5 minit sahaja

menu 3 : nasi
tumis 2 sudu besar butter
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos ke dalam periuk tadi.
Tambah air sup ayam tadi
Tambah garam jugak sikit
Gaul sikit pastu campak masuk rice cooker..............jangan lupa gaul sikit kekadang..







No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014