April 18, 2012

Spagetti Bolonese

Resepi spagetti bolognese





Bahan-bahan untuk kuah :


500 gm spaghetti (aku guna angle hair)
1 botol sos spaghetti prego (aku guna yang tradisional)
500 gm daging hancur
1 sudu besar serbuk lada hitam (kalau nk byk, taruk lebih)
5 batang sosej (dipotong kecil)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 biji lada benggala hijau (dihiris kecil)
1 biji bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (di cincang)
1 biji tomato (dihiris)
sedikit butter untuk menumis.

Cara-cara membuat kuah :
Untuk kuah, letak butter dalam kuali pastu tumis semua bawang yang dicincang. Masukkan daging cincang dan masak hingga sedikit garing. Masukkan sos cili dan tomato, sosej dan lada benggala. Bila dah mendidih, masukkan tomato. Masak sekejap pastu siap.


Cara-cara merebus spagetti :

Rebus air dalam periuk besar hingga mendidih pastu masuklah sebungkus spageti. Letak sikit minyak zaiton (or apa2 minyak masak) supaya spageti tak melekat, beserta sedikit garam. bila dah masak, angkat dan toskan..


2 comments:

Hasan Amran said...

wow! Nice recipe! Nak try la nanti lepas dapat berat badan yang ok. sekarang tgh diet la pulak.

Cnidaria said...

good luck hasan..! :-)

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014