February 26, 2009

Suatu Permulaan

bergambar kenangan dengan peserta-peserta kursus
"Pengenalan kepada Teknologi Maklumat" @ ILIM
25 Feb 2009


Menjadi tenaga pengajar - aku anggap ini adalah suatu permulaan dan merupakan pengalaman yg berharga bg diri ini. Sungguh pon ianya adalah sesuatu yang tidak dirancang namun aku ianya merupakan rezeki juga untuk aku di saat2 menjelang big day ku..alhamdulillah..
First of all mestilah aku patut berterima kasih pada Ketua unit ku Mr Fairuz Misdi kerana memberikan aku peluang dan kepercayaan untuk handle tarining kepada "orang luar". Even sebelum ni aku mmg dah penah mengajar ttp hanyalah untuk staf dalaman UPSI. ttp kali ini kursus dianjurkan oleh pihak ILIM dan aku diberitahu peserta2 yang hadir terdiri drpd kakitangan kerajaan dr pelbagai jabatan dan sektor dan yang paling penting sekali mereka bukan dari golongan "F" @ IT. hem...mengikut pglmn aku yg lps2 untuk mengajar golongan bukan IT background memerlukan kesabaran yang tinggi..bukan mereka ini tidak mahir..ttp disebabkan kurang pendedahan dan penggunaan IT dalam kerjaya seharian mereka maka mereka menjadi kurang arif selok belok tentang IT.
Jadi 3 slot aku kena mengajar utk hr tersebut iaitu "Pengenalan kepada Desktop" , "Pengurusan Fail & Rekod" dan "Windows Application". Sebenarnya aku bernasib baik kerana KU ku dah siapkan nota so aku pegi mengajar je. hehehe....ye la patutnya beliau yg kene mengajar ttp disebabkan suara beliau tiba2 hilang sehari sebelum tarikh kejadian maka aku lah tepaksa menjadi bidan terjun ! but ok..aku kira semua berjalan lancar..aku tgk peserta pon seronok dan mereka begitu excited nak belajar. maklumlah bagi mereka ini semua sesuatu yang baru..di kalangan mereka ada generasi muda..umor 20-30 an...dan 50-an pon ader...bila 2 golongan ini wujud di dalam satu kelas maka sebagai trainer kita harus tau memainkan peranan...tidak boleh terlalu cepat..kerana nnt golongan 50-an ini akan lost..dan pasti tidak boleh terlalu slow..kerana golongan muda belia ini akan bosan..! jd pandai2 lah kita membahagi kan masa, silibus & aktiviti di antara kedua-dua golongan ini..
Selain dari 3 kursus di atas...aku juga suka untuk mengajar pakej Microsoft Office - ms. word, ms. excel & ms.powerpoint kerana dr pengalaman aku ramai di antara kita menganggap mungkin pakej2 ini remeh. tp sebenarnya perisian ms office ini sgt powerful utk membantu kita menghasilkan dokumen. di samping itu ciri2 yang terkandung juga sgt menarik utk dipelajari.
Pada bulan Mei ini ada satu kursus baru yang aku akan handle iaitu "Asas-asas Keselamatan ICT & Ancaman Siber". Handout belom siap. gigil jugak tajuk nih. but i have to try. Selagi kita tidak mencuba sst kita xtau kemampuan kita. So, doakanlah moga aku dapat meyiapkan nota secepat mungkin dan dapat menyampaikan @ berkongsi pengetahuan ku dengan peserta2 yang bakal hadir. adios....

No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014