July 30, 2013

resepi puteri mandi @ badak berendam


Bahan-bahan :

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
Pewarna 
Sedikit air 

Bahan kuah:
1/2 cawan gula
2 s/b gula merah
1/2 cawan air
1 cawan santan
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan tepung beras. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. 

masukkan pewarna 

Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Untuk kuah, masakkan air, gula, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut. 

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata.









apabila telah masak, doh akan timbul 

lalukan di bawah air utk mengelakkan melekat



Untuk kuah, masakkan air, gula, gula merah, garam dan daun pandan sehingga gula larut. 




siap...!


No comments:

click for $$$$

Designed by UMIESUEstudio 2014