January 09, 2019

Nasi goreng seafood

Ya Allah.. rindunya blogging....
i will start my 1st entry utk tahun 2019 ni dengan resepi..
inshaAllah.. aku akan lebih kerap buat entry baru lepas ni... 😉😉


ni resepi berbuka baru2 ni...

 Bahan-bahan:

    2-3 mangkuk nasi putih
    1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
    2 ulas bawang putih (ditumbuk)
    Sedikit kubis (dipotong)
    5-6 ekor udang (sederhana besar)
    4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
    1 sudu cili giling
    1 sudu besar sos tiram
    Sedikit minyak masak
    Garam dan secukup rasa

Cara-cara:

    Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
    Masukkan cili giling. Kacau rata.
    Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
    Selepas itu masukkan sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
    Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
    Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
    Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014