November 27, 2013

resepi nasi goreng sardin



Bahan-bahan :
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 biji cili padi 
3 ekor sardin yang telah di buang tulang dan isi dalaman yang tak diperlukan
1 batang sosej
carrot
brokoli
Kicap
sos cili
lada hitam dan lada putih

Caranya:
1. tumis bawang merah, bawang putih
2. Tumis bahan sampai naik bau. pastu masukkan sardin yang telah dilenyekkan2... 
3. masukkan sosej serta lada hitam dan lada putih
4. masukkan nasi putih, carrot dan brokoli
3. Kacau hingga sebati.. masukkan garam... kicap dan sos

siap !

resepi ayam panggang Rosemary @ Rosemary Roasted Chicken & kuah blackpepper


ready to be served

bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil mix herbs
2 sudu kecil garam
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
2 biji kentang
1 biji carot
1 kuntum brokoli
sedikit mentega - untuk sapu atas ayam

Cara:
1. Ayam di potong 2 kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Gaulkan rempah-rempah bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, carrot, brokoli di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 1 jam dengan api kecil sahaja.



bahan-bahan yang diperlukan untuk marinate

sudah siap digaul sedia untuk diperap

sudah siap dipanggang



resepi megi sup @ maggi soup



bahan-bahan :

sebungkus maggi 
isi ayam
sebatang carrot
1 cili besar
1 sudu kecil lada hitam 
2 ulas bawang merah dan putih
1 sudu besar minyak zaitun
air ( terpulang pada kuantiti kuah yg diingini)
garam secukup rasa

cara-cara membuatnya :

1. panaskan minyak zaitun
2. tumiskan bawang-bawang
3. masukkan isi ayam dan lada hitam... tunggu sehingga ayam masak
4. masukkan air, carrot dan garam
5. apabila mendidih masukkan maggi dan cili besar
6. apabila maggi sudah lembut tutup api dan hidangkan. 

November 22, 2013

picnic @ Port Dickson


sementara menunggu mama dan pakcu siap....Qaid selfie dulu lah !

wahhh sekarang mmg suka begambar si Qaid ni....

dah siap...tgh tgu mama dok besiap...kite nak gi PD...!

kadang dia geli dengan telinga si stitch ni....

orang dok makan...dia dah tak sabar nak main....

gambar awal sebelum disentuh tak sempat ambik...sebab masing2 dah lapar... dah makan separuh jalan baru teringat nak ambik gambar...sabo je lah

sikit pon tak takut dgn laut....


baby besar demam

kesian my baby babab demam.... risau jugak sebab mr hubby baru jer abis program dalam hutan... skg ni risau penyakit mcm2.. virus kencing tikus lah, malaria lah. mr hubby mmg susah nak sakit.... tp kali ni dia demam macam lambat pulak baiknya... utk 1st treatment kiteorg pegi KP* Kaj*ng. hishhh...mmg tak puas hati langsung dgn treatment Dr kat outpatient malam tu... takpelah malas nak panjang cerita. 

utk 2nd treatment, pegi jumpa dr kat gov hosp... alhamdulillah...setelah demam selama 4 hari..sembuh la jugak.. itupun setelah on antibiotik 5 hari. 

time ni siang. membungkus. sejuk katanya. padahal badan dah mcm seterika. panas.
                       
demam-demam pon still nak tido depan tv. tv takleh tinggal. 



gi buat ujian darah. alhamdulillah semua normal. just demam biasa. 


orang demam request nak makan kerang rebus. demam...tapi menambah 2 kali kot...??
total jadi 3 pinggan utk lunch haritu....hehehehe.... 

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014