April 18, 2012

potluck PICT 2012

tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kelab pict 2011/12 kerana telah mengadakan potluck.. menunya sederhana tetapi majlisnya meriah.. janji semua orang dapat makan dan enjoyed the moment together.. :-)


Spagetti Bolonese

Resepi spagetti bolognese





Bahan-bahan untuk kuah :


500 gm spaghetti (aku guna angle hair)
1 botol sos spaghetti prego (aku guna yang tradisional)
500 gm daging hancur
1 sudu besar serbuk lada hitam (kalau nk byk, taruk lebih)
5 batang sosej (dipotong kecil)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 biji lada benggala hijau (dihiris kecil)
1 biji bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (di cincang)
1 biji tomato (dihiris)
sedikit butter untuk menumis.

Cara-cara membuat kuah :
Untuk kuah, letak butter dalam kuali pastu tumis semua bawang yang dicincang. Masukkan daging cincang dan masak hingga sedikit garing. Masukkan sos cili dan tomato, sosej dan lada benggala. Bila dah mendidih, masukkan tomato. Masak sekejap pastu siap.


Cara-cara merebus spagetti :

Rebus air dalam periuk besar hingga mendidih pastu masuklah sebungkus spageti. Letak sikit minyak zaiton (or apa2 minyak masak) supaya spageti tak melekat, beserta sedikit garam. bila dah masak, angkat dan toskan..


April 17, 2012

Makaroni goreng

Resepi Makaroni goreng


cara-caranya merebus spagetti :




1. Masak air hingga mendidih (aku masukkan skali rempah oregano, minyak zaitun & garam)

 2. apabila air dah mendidih, masukkan makaroni


3. rebus sehingga masak (aku masak lam 5-6 minit je) dan toskan
-KETEPIKAN DAHULU-


Bahan-bahan untuk menggoreng :


1. 4 ulas bawang putih, dicincang

2. satu biji bawang besar, dicincang

 3. 1/2 biji lada benggala, dicincang/dadu


4. 1 biji tomato, dipotong dadu

5. 5 batang sosej, dipotong kecil
6. Daging kisar, ayam or daging, aku prefer daging sbb lebih uumph

Cara membuatnya :

1. cairkan butter (kalau takde pakai minyak pon boleh, kalau pakai butter, wangi je.. bawang rs sedap)

2. tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga garing

 3. apabila sudah garing, masukkan daging kisar (masak lama sikit supaya daging betul2 masak)

 4. apabila daging sudah masak, masukkan lada benggala

 5. masukkan sosej, masak sehingga semua sebati...

 6.  masukkan makaroni, gaul rata-rata...

7. Lastly masukkan tomato, masak sekejap je suapay tomato tak over-cook


taraaaa....!! dah siap 

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014