January 25, 2012

ohho... "orang kuat" lah..!

       pengalaman kali ni memang best. entah kenapa pada pagi2 buta pd hari CNY sebelum bertolak balik ke hometown ku Baling, dalam hati ni berkata-kata... teringin nak tgk gajah... pastu dengan gatal mulut tanya pada mr hubby, "pagi-pagi camni selalunya gajah keluar cari breakfast kan?" "ye" mr.hubby balas. aku pon oklah, perbualan stop kat situ pasal gajah. pastu kami pon meneruskan perjalanan... dalam pukul 8pg lebih mcm tu di jalan bengkang-bengkong antara Jeli - Titiwangsa.. keta kami leading... ada sebuah je iswara hijau folo kat belakang...

       tiba-tiba, " eh abang! gajah la..stop..stop..benti keta abang. aku dah panik. kita tgk mana dia nk pegi. bila kami stop, dengan konfidennya iswara belakang tu take over kiteorg. so lega la sikit ada org lain lead. "kita takyah reverse lagi, kot2 dia nak masuk lam hutan. eh tapi nampak dia makin mara ke depan.laju pulak bejalan. jgn mengamuk dah gajah ni. iswara td reverse.. kami pon reverse... tgk2 dah byk keta kat blkg... lam 5-6 buah. semua reverse.....

          bila gajah tu dah dekat sgt... kami dah cuak gile, last aku suruh hubby u-turn lah. tanak la ambik risiko... kang ape2 tak sempat pulak nak lari... rupanya dia mencari jalan balik... bila gajah tu dah masuk balik dalam hutan, kami tgk ada lorong mmg laluan gajah keluar masuk dekat2 situ... fuuuhh..nasib sekor je keluar, kalau satu team, lagi la gelabah. nasib aku dlm panik sempat jugak record tp pakai hp je lah..terketar2... boleh jugak buat kenangan...



comel kan dia belenggang lenggok

gelabah... u-turn..!

dah dekat kan gajah tu? huh! 

January 23, 2012

rumah orkid Mama

seperti yang aku mention dalam entry yg lalu, mama & abah sgt minat akan orkid..
alhamdulillah..sekarang ni orkid2 tu tgh bunga.. so dapat lah aku kongsi di sini how them look..!
 ada lebih kurang 10 spesis... tp satu pon aku tak tau nama2 nya!






















hemmm... is it beautiful..? :-))


January 19, 2012

3-series

          sejak memasuki era 3-series (30-an..) , aku dah dapat kesan interest2 baru yg baru muncul dalam diri aku nih... yang pertama skali "menjelma" adalah minat aku terhadap memasak. ntah bagaimana pon aku tak sedar mcm mana aku ni leh suka masak. mungkin kah 1) aku suka makan? 2) sbb dah bersuami? 3) terpengaruh dgn Michael Smith @ chef at home? teringat masa zaman remaja... ketika mama sebok memasak di dapur.. jangan harap la aku nak masuk tolong. sebab tak suka! mmg malas sgt nak masak... abah slow je datang bisik.. suruh aku g tolong mama kat dapur, abah kata, nnt dah besar, tak pandai pulak nak masak utk suami... tp alhamdulillah lah, sejak aku bersuami ni takde lg suami aku merungut aku tak masak @ masak tak sedap utk dia... so MITOS lah ye: "kalau malas masak ms remaja, ko akan jadi tak pandai masak bila ko dah bersuami." hehe, bergantung pada usaha ko lah. kalau dari budak ko malas, then sampai berlaki pon ko malas, mmg lah. sbb takde usaha nak rajinkan diri. ok, itu interest aku yg pertama.
Antara koleksi yang aku pernah masak... idakler teghok beno ye dak? ahakss..

 siakap stim + tomyam + siakap masak merah + telur dadar + sambal udang 

 set nasi lemak

 set nasi ayam

 puding roti

 mee goreng

tomyam + cencaru bakar + sambal kicap


roti jala + kari ayam

          interest yg ke-2, pinggan mangkuk. aiyoo.. dulu2 di usia 20-an, kalau mama or sape2 yg berbicara pasal pinggan mangkuk ni.. aku cebek2 je bibir. sorry. not my taste ok? buat pening pala aku je. g langkawi, mama nk beli vision. eh mama ni, mcm la masak lam periuk stainless steel tu bawang tak masak ke kalu tumis?..nk jugak beli vision...! ha kau. skg ni aku pulak kena 'bahadi' itu. laki aku pulak tanya, "Yang, kalau makan lam pinggan biasa, tak kenyang ke?" erkkk. hamek kau. wat u give, u get back. skali aku dah jd pelanggan setia online shop Nasrin Mall, sebab aku dah jadi gila sama itu Corelle..cutleries.. tupperware...harga kat dia reasonable... aiyoo...


          interest ke-3, bunga-bungaan tiruan..! ini pon satu lagi hal. skg ni kalau masuk kedai bunga.. adik bujang aku kata mcm budak-budak masuk toysRus !! hehe..punya lah suka... dulu-dulu... aku cukup rimas bila mama letak bunga-bunga kat rumah..punya la tak berseni nya aku ni kan... hukhuk..byk lak tu dosa dgn mama..! ampun mama...! kalu tak caye tgk la bapa byk bunga lam umah aku letak...! haha...







interest ke-4, berkebun @ pokok bunga @ pasu, adoiiila... ini interest yg baaaru sgt terbit ni. sejak sebulan ni je. jika sebelum ni.. mama dgn abah dok maintain rumah orkid dan lanskap mini kat umah di kg, aku sikit pon tak tingin nk join, sebab apa? sebab tak minat... tp skg ni tehegeh2 pulak suruh mama ajar mcm mana nak jaga pokok... hehehe... nanti mama kata dia nk letak orkid pulak kat umah aku...horey..! tp mama buat lah ye, sy masih lg belajar a.k.a tak pandai sgt. hehe. 

  
             mr. hubby tekun mengorek tanah untuk tanam pokok limau. So, jiran2 ku, kalau nk buat tomyam, silalah petik daun atau buahnya bila dah anda nanti ye. insyaAllah.. moga2 hiduplah. 

 
antara fauna yg ditanam : pokok bunga tanjung, pokok cili, dan bunga2an kecil (bunga tak tumbuh lagi !) aiyaa lambat lah..


new comer : pokok pine.. wink wink..! moga hidup lama... tinggi ye...


 pendatang asing : si ulat yg cuba merosakkan bunga tanjung ku. cis bedebah. 

     
 aiyak! dah mcm zoo pulak. mengkarung datang melawat. shuhhhh shuh..
ada 2 ekor anak burung cute dalam sarang atas pokok depan umah ku....


(condition sgt teruk kerana baru lepas dilanda banjir. 
aku nk tunjuk rumah orkid + taman mini abah & mama ku di kampong..) 


KORANG KENA JUGAK KE SIMPTOM 3-SERIES NIH? CER SHARE.....









click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014