December 31, 2009

selamat tinggal 2009, selamat datang 2010

organizer sumbangan universiti untuk semua officer...TQ UPSI.... :-)

tutup buku lama....
buka buku baru...

alhamdulillah...tinggal beberapa jam lagi untuk melangkau ke 2010...
banyak kenangan pahit manis yg telah aku lalui sepanjang tahun 2009 ini...
sesungguhnya aku berasa sayang untuk "meninggalkan" tahun 2009.
banyak jugak peristiwa manis yang berlaku antaranya aku telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki yang aku cintai.
maka bermulalah episod hidupku sebagai sebagai seorang isteri dan menantu.
alhamdulillah...so far semuanya berjalan dengan lancar...
aku gembira dan bahagia sepanjang 7 bulan perkahwinan kami...
dan aku juga gembira menjadi menantu kepada keluarga suamiku.
ahli keluarga ku juga semuanya alhamdulillah tahun ini...
semuanya sihat walfiat belaka..tiada yang sakit sehingga dimasukkan ke wad...
mahupon lebih teruk dari itu..

tokwan juga sihat2 sahaja...dia makin gembira dengan kehadiran Irdina dan Siti Hajar..yang
menjadi penyeri kepada kami sekeluarga...
abah, mama kedua-duanya masih sihat dan boleh bekerja...!alhamdulillah..!!
bisness mama pon alhamdulillah..aku tengok rezekinya tak pernah putus..
adik perempuan ku makin maju dengan bisness yang diminatinya..tak dilupakan juga kerja hakiki yang dilakukan hari2..cuma bila ditebak soalan "bila mau kawin?" aku pon tumpang sedih dgn jawapan yang diberikan....takpelah..Tuhan itu maha adil...hidup kita ini mana ada yang sempurna..jika kamu berjaya dalam kerja...mungkin dalam soal cinta kamu sedikit tergelincir..biasalah..
adik lelaki ku pula semakin advance dengan skill photographer yang menjadi minatnya bermula pada tahun ini. tahniah bro...

aku harap kegembiraan ini berkekalan pada tahun-tahun yang akan datang...
aku belum bersedia untuk kehilangan sesiapa...dan saat-saat gembira kami bersama...

aku berharap pada tahun 2010 yang bakal tiba..
menjanjikan yang manis2 dalam hidupku....
kalau pon ada yang pahit, aku percaya ada hikmah di sebalik semuanya.
aku mahu lebih ikhlas dalam menjalani tugas hakiki ku sebagai government servant.
aku tahu aku boleh berjaya. tetapi aku belum berjumpa "kunci" nya lagi.
meskipon tahun 2009 menyaksikan pahit maung aku dalam bidang kerjaya ku ini, aku tau aku perlu sabar.insyaAllah besar ganjaran nya untuk org yang bersabar.

Sesuangguhnya ya Allah hanya pada-Mu aku berserah....
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010...

4 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

slamat tahun baru kak muni..semoga apa yg dicita2kan tercapai tahun ini yea.. :)

Cnidaria said...

insyaAllah....thanks Anis...Selamat Tahun Baru 2 u too..... :-)

Ad said...

selamat tahun baru...semoga apa yang diingini tercpai...aminnnn

Kancilbiru said...

selamat tahun baru 2010...salam singgah!~~

http://kancilbiru.blogspot.com/

click for $$$$

Daisypath Anniversary tickers
Designed by UMIESUEstudio 2014